Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Universiti Malaysia Pertama Teroka Angkasa, UiTM Lakar Sejarah,

Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah apabila menjadi universiti pertama negara melancarkan UiTMSAT-1, nano-satelit pertama ke angkasa.

Satelit nano berbentuk kiub berukuran 10 sentimeter itu dibina oleh dua pelajar UiTM di Jepun iaitu Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan Muhammad Hasif Azami hasil jalinan kerjasama dengan Kyushu Institute of Technology (KyuTech) menerusi program ‘Joint Global Multi-Nation (BIRDS-2)’.

Syazana Basyirah dan Muhammad Hasif merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana dan PhD dalam bidang berkaitan di negara tersebut

Data yang diperoleh daripada satelit ini akan disalurkan ke Pusat Satelit Komunikasi UiTM untuk tujuan penyelidikan. UiTMSAT-1 mempunyai enam misi antaranya pengambilan imej, menguji korelasi lokasi satelit, ujian cip Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), mengukur medan magnetik di angkasa untuk data pemetaan geomagnetik di rantau Asia Tenggara serta komunikasi radio

Keenam-enam misi itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2,500 pelajar fakulti berkenaan memandangkan ia mempunyai kaitan dengan penyelidikan bagi lima jurusan yang ditawarkan di fakulti berkenaan.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM juga membina ‘ground station’ di fakulti tersebut dilengkapi saluran komunikasi berkelajuan tinggi bagi mengumpul data yang dihantar oleh satelit nano itu kelak.“UITMSAT-1 berkelajuan 28,000 km sejam dan ia mampu mengelilingi bumi sehingga tujuh kali sehari.

Ia akan melalui Malaysia dalam tempoh sekitar 10 minit, disebabkan itu kami harus membina saluran komunikasi berkelajuan tinggi untuk mengumpul data bagi tujuan penyelidikan.

Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata, UiTM menjadi universiti pertama di Malaysia yang melancarkan satelit buatan sendiri dengan kos yang lebih rendah berbanding satelit komersil yang mana ia merupakan objektif utama UiTM dalam kerjasama tersebut.

“Pelancaran UiTMSAT-1 ini menandakan permulaan kepada kami untuk lebih serius dalam pembangunan teknologi angkasa lepas sekaligus membuktikan kemampuan warga UiTM dalam bidang ini,” katanya

Katanya lagi, pelancaran nano-satelit itu menyumbang kepada rancangan jangka masa panjang UiTM untuk menjadi perintis dalam bidang aeroangkasa seterusnya membolehkan Malaysia menuju ke arah ‘space-faring nation’.

“Kami melihat projek itu sebagai satu batu loncatan untuk FKE mencetuskan pelbagai lagi projek yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada warga UiTM tetapi kepada rakyat Malaysia,” katanya

“Terima kasih kepada pasukan yang membangunkannya, terutama dua pelajar kita di sana serta semua pihak terbabit dalam penghasilan satelit nano ini. Saya amat kagum dengan pencapaian ini.

Pelancaran UiTMSAT-1 itu disaksikan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, Timbalan Naib Canselor Akademik UiTM, Prof Dr Mohamad Kamal Harun, Dekan FKE Prof Ir Dr Mohd Nasir Taib, Pengarah Pusat Komunikasi Satelit UiTM, Prof Ir TS Dr Mohamad Huzaimy Jusoh serta pensyarah dan pelajar fakulti itu menerusi tayangan secara langsung ISS di laman sosial Youtube dalam satu majlis pada Jumaat.

Rujukan :

Berita Harian, Mstar, Kosmo, Utusan

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad