Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Perbezaan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran

(Sumber Mira Edora)

Apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, bagi pelajar yang tidak berkemampuan, pastinya mengharapkan biasiswa sebagai bantuan kewangan. Antara biasiswa popular yang menjadi idaman mahasiswa adalah biasiswa JPA dan biasiswa Mara. Namun, oleh kerana kuota yang terhad, hanya pelajar berkelayakan sahaja yang terpilih. Bagi yang gagal, pinjaman pelajaran menjadi pilihan. Hakikatnya, masih banyak lagi biasiswa-biasiswa ‘low profile’ yang ada ditawarkan di Malaysia yang boleh dimohon oleh para pelajar. Tetapi, oleh kerana tidak tahu, ramai yang memilih mengambil pinjaman seperti pinjaman PTPTN dan pinjaman Mara, malah ada yang mengambil pinjaman dengan bank-bank. Amatlah rugi bagi mereka yang terlepas memohon mendapatkan biasiswa.

Adakah anda tahu kelebihan-kelebihan mendapatkan biasiswa?

1. Bantuan kewangan percuma
Inilah kelebihan yang paling signifikan bagi biasiswa berbanding pinjaman pelajaran. Bantuan tajaan biasiswa yang diberi adalah percuma selagi pelajar memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam kontrak biasiswa. Berbanding dengan pinjaman yang mana pelajar akan dikehendaki mebayar bantuan kewangan yang diberi sebaik sahaja menamatkan pengajian. Bayangkan, jika anda ditaja dengan pinjaman pelajaran, sebaik sahaja tamat pengajian, anda telahpun menanggung beban hutang yang banyak. Lebih teruk lagi, bagi pinjaman yang mempunyai kadar faedah tertentu, kelewatan membayar balik pinjaman akan menyebabkan jumlah yang perlu dibayar menjadi semakin tinggi, kadang-kadang mencapai jumlah yang tidak munasabah. Bagaimana untuk membayar hutang tersebut jika selepas pangajian masih belum mendapat pekerjaan? Kesimpulannya, berusahalah untuk layak dan memohon biasiswa bagi meneruskan pengajian di peringkat tinggi.

2. Bantuan kewangan yang lebih tinggi

Kebiasaannya, bantuan yang diberikan oleh penaja-penaja biasiswa akan meliputi bayaran yuran dan bantuan sara hidup, dan jumlahnya adalah lebih besar jika dibandingkan dengan pinjaman pelajaran. Saya masih teringat di waktu belajar dulu, seorang rakan merungut kerana pinjaman yang diperolehinya adalah sedikit dan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan beliau. Seorang rakan lain pula mengatakan yang saya ini beruntung, kerana mendapat tajaan biasiswa yang percuma dengan jumlah yang besar. Realitinya memang sbegitu, kerana organisasi yang memberi pinjaman biasanya tidak akan memberi pinjaman dalam jumlah yang terlalu tinggi, dibimbangi pelajar akan dibebani dengan jumlah hutang yang tinggi dan tidak mampu membayarnya kelak.

3. Kontrak kerja

Sesetengah penaja biasiswa mengkehendaki pelajar yang ditaja untuk menndatangani kontrak kerja dengan organisasi penaja selepas tamat pengajian kelak. Ini adalah situasi menang-menang antara penaja dan yang ditaja. Bukankah ini sesuatu yang baik? Pada masa-masa sekarang yang mana persaingan mendapatkan kerja amatlah tinggi, mempunyai jaminan pekerjaan sebelum menamatkan pengajian pastinya melegakan. Memang sangat beruntung bagi mereka yang mendapat tajaan biasiswa.

4. Kursus, seminar dan aktiviti-aktiviti menarik

Semasa saya di universiti dulu, ada seorang rakan yang mendapat tajaan daripada sebuah syarikat swasta. Menariknya, selain daripada jumlah tajaan yang lebih tinggi berbanding saya yang mendapat tajaan biasiswa JPA, beliau kadang-kadang diundang menghadiri seminar, kursus dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik di tempat-tempat yang menarik oleh penaja beliau. Memang beliau menjadi bahan cemburu rakan-rakan yang lain. ada beberapa penaja sering mengadakan aktiviti-aktiviti menarik untuk pelajar-pelajar tajaan mereka. Selain menambah motivasi para pelajar, aktiviti-aktiviti sebegini membolehkan pelajar-pelajar tajaan dari universiti-universiti yang berbeza untuk saling kenal-mengenali. Seronokkan?
Itulah serba-sedikit kelebihan mendapatkan biasiswa berbanding pinjaman pelajaran. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memohon mendapatkan biasiswa. Hantarlah permohonan anda kepada sebanyak mungkin penaja berpotensi supaya peluang anda mendapat biasiswa adalah cerah.

Register.
Enjoy 10% Discount.

1 thought on “Perbezaan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

Garis Panduan Permohonan, Syarat Kelayakan, & Prosuder Permohonan Mengikuti Program Gap Year
UiTM di ❤ ku

Garis Panduan Permohonan, Syarat Kelayakan, Prosuder Permohonan Mengikuti Program Gap Year

[vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” overlay_strength=”0.3″][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid”][vc_column_text] Program Gap Year telah diumumkan semasa Majlis Amanat

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad