Anak Melayu Ditawar Jadi Felo dalam bidang Fizik Gunaan di Universiti Harvard, US

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Pelajar tahun akhir Ijazah Doktor Falsafah di Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanolectronik (IMEN), Mohd. Nuriman Nawi

BANGI, Mei 2018 – Pelajar tahun akhir Ijazah Doktor Falsafah di Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanolectronik (IMEN), Mohd. Nuriman Nawi telah ditawarkan menjadi Felo dalam bidang Fizik Gunaan di Harvard University, United States.

The Harvard Society of Fellows adalah sekumpulan cendekiawan yang dipilih pada permulaan kerjaya mereka oleh Harvard University kerana potensi ilmiah yang luar biasa, di mana peluang akademik dan intelektual tersendiri diberikan untuk memupuk pertumbuhan individu dan kolaborasi intelektual mereka. Keahliannya adalah seumur hidup

Beliau merupakan anak didik Dr. Ahmad Rifqi Md Zain, memulakan penyelidikan terhadap pengesan cahaya didorong oleh kemajuan teknologi cahaya di dunia, seterusnya membuat penyelidikan terhadap peranti pengesan cahaya berdasarkan grafin atau bahan dua dimensi yang lain.

Menceritakan tentang kejayaan beliau menjadi Felo di John A. Paulson, School of Engineering adn Applied Sciences Universiti Harvard, Mohd. Nuriman berkata, beliau telah diperkenalkan oleh penyelianya kepada seorang profesor di sana.

“Penyelia saya, Dr. Ahmad Rifqi adalah seorang penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam teknologi fabrikasi peranti yang tersangat kecil dan juga merupakan rakan penyelidik kepada profesor tersebut.

“Beliau telah datang ke persidangan di Malaysia sebagai pembicara utama dan kami telah bersua ketika sesi persidangan di mana saya telah menjadi salah seorang pembicara.

“Dari situ secara tidak langsung beliau telah menemuduga dan berminat dengan kerja-kerja yang dijalankan oleh kumpulan kami di IMEN dan menjemput kami ke Harvard sebagai felo untuk berkongsi dan melakukan penyelidikan di sana,” jelasnya.

Katanya, disebabkan kekangan masa, beliau telah dijemput untuk melakukan penyelidikan selama enam bulan dan kemudiannya pulang ke Malaysia untuk mempertahankan tesis sebelum menjadi graduan UKM.

“Setelah selesai penyelidikan di IMEN, saya boleh kembali semula ke Harvard untuk meneruskan penyelidikan selama tempoh maksima lima tahun atau sehingga selesai penyelidikan di sana,” katanya.

Mohd. Nuriman berkata, jangan malu untuk untuk bertanya dan perlu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penyelidikan yang dilakukan adalah bonus terhadap kejayaan seseorang pelajar.

“Kepada pelajar pascasiswazah yang lain, sikap adalah segala-galanya. Apabila kita menceburi sesuatu bidang, sikap yang positif adalah sangat-sangat diperlukan dalam melakukan penyelidikan.

“Kita jangan sesekali malu untuk bertanya dan walaupun kita sibuk dengan penyelidikan yang dibuat, janganlah kita lokek untuk berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan yang lain,” nasihatnya. – www.ukm.edu.my

Sumber – Majalah Sains

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE