Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Anak peneroka getah memperoleh 10A

Sumber – Berita Harian

Nota editor: artikel ini diterbitkan oleh Berita Harian mengenai seorang anak peneroka yang menjadi satu-satunya pelajar di sekolahnya yang memperolehi 10A dalam SPM 2016.

Anak seorang penoreh getah adalah satu-satunya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad (SMKDA) Lenggong di sini memperolehi 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Nursyuhada Khairel Salleh, 18, yang tidak pernah ke kelas tuisyen berbayar, memperolehi A+ bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam manakala A bagi Bahasa Inggeris.

“Saya bersyukur kerana mempunyai ayah dan emak yang sentiasa memberi galakan supaya saya belajar bersungguh-sungguh meskipun ayah hanya seorang penoreh getah. Malah, ia sebenarnya menjadi kekuatan kepada saya untuk mencapai cemerlang dalam pelajaran.

“Ibu juga pernah menasihati bahawa pelajaran adalah pelita hidup yang sekiranya saya mahu menikmati hidup sebenar adalah dengan memiliki ilmu,” katanya ditemui selepas menerima keputusan SPM di sekolahnya hari ini.

Bapanya, Khairel Salleh Mahmud, 52, adalah seorang penoreh getah manakala ibunya, Zaiton Ismail, 56, seorang guru al-Quran sambilan di rumah. Nursyuhada, anak bongsu daripada empat beradik, berkata memberi fokus semasa guru mengajar di kelas selain bangun pada awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran, tidak tinggal solat dan sering membaca al-Quran bagi memantapkan pemikiran dan ingatan terhadap pelajaran adalah rahsia beliau cemerlang.

“Guru di sekolah banyak membantu saya sehingga cemerlang termasuk mengadakan kelas tambahan di sekolah secara percuma,” katanya yang bercita-cita menjadi akauntan dan memilih program Asasi Sains sebelum berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

Sumber – Berita Harian

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad