Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Anak Penjual Sayur Sambung PhD Pada Usia 25 Tahun

Assalamualaikum, salam Ramadhan dan selamat berpuasa pada semua sahabat handai.

Nama saya Rabiatuadawiyah Kari, berumur 26 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Saya adalah anak sulong daripada 4 orang adik beradik. Nama Mak saya adalah NORMA BINTI MAMAT. Mak dan Abah saya telah berpisah ketika saya masih kecil. Waktu tu, Mak sakit dan sedang menjalani pembedahan buang ketumbuhan. Kemudian, selepas sihat, Mak telah melakukan pelbagai kerja demi meneruskan kehidupan dan untuk pelajaran anak – anak. Contohnya, kerja kedai makan, jual pakaian, menorah getah, jual sayur, mencuci rumah orang, ambil upah mengopek kulit bawang putih serta pelbagai lagi. Saya juga sentiasa menolong Mak bekerja atas rasa tanggungjawab sebagai anak sulong. Saya tidak pernah impikan untuk belajar tinggi disebabkan keadaan keluarga saya, tapi, Mak selalu kata, HANYA PELAJARAN yang dapat mengubah kehidupan kami. Mak juga pesan, kalau sayangkan Mak, belajarlah elok – elok. Oleh itu, di samping saya memberi motivasi pada diri saya sendiri, saya juga sering memotivasikan adik – adik.

Selepas SPM, saya menyambung Diploma di UITM Machang, Kelantan dalam bidang seni lukis dan seni reka (tekstil). Saya kemudian menyambung Ijazah di UITM Shah Alam, Selangor dalam bidang seni lukis dan seni reka (Minor: Footwear/ Major: Tekstil). Kemudian saya menyambung Master di UITM Shah Alam dalam bidang Teknologi Rekaan dan seterusnya Doktor Falsafah dalam bidang seni lukis dan seni reka pada umur 25 tahun. Sekarang, saya sudah berumur 26 tahun. Walaupun masih belajar di peringkat ini, saya menyimpan impian untuk menyambung Post Doc. Bukan pangkat yang saya kejar, tetapi ilmu ALLAH. Ilmu Allah perlu dicari dan dikongsi oleh seluruh manusia.

 

DIPLOMA: Cgpa: 3.65/ Gpa: 4.00

IJAZAH: Cgpa: 3.79/ Gpa: 3.92

MASTER: Cgpa: 3.83/ Gpa: 3.67

PhD: Ongoing

 

 

Setiap kali keputusan peperiksaan saya keluar, Mak adalah orang yang paling gembira. Pernah suatu ketika, saya mendapat Anugerah Naik Cansellor (ANC) pada konvokesyen Degree, Mak tidak dapat pergi, tapi Mak telah membuat pengumuman, segala sayur – sayuran di gerainya adalah PERCUMA pada semua orang dan dalam masa setengah jam, kesemua gerai Mak telah kosong. Mak kata, tidak mengapa kita tidak mendapat sebarang untung pada hari itu. Mak sedekahkan pada orang demi melahirkan rasa kesyukuran atas keputusan saya.

 

Antara prinsip yang saya pegang, iaitu, DUIT TIDAK ADA TIDAK MENGAPA, BOLEH DI CARI, tetapi, KALAU TIDAK ADA ‘PASSION’, ITU SUSAH NAK DI CARI. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan saya walaupun pelbagai masalah yang saya hadapi sejak kecil. Prinsip kedua adalah mengamalkan prinsip TAWAKAL. Apa sahaja yang saya buat, saya serahkan sepenuh kebergantungan pada ALLAH. Prinsip ketiga adalah, RESTU MAK saya. Apa sahaja saya lakukan, saya mesti meminta restu Mak. Mak pesan, apabila kita belajar tinggi, jangan lupakan siapa kita dahulu dan sentiasa merendahkan diri. Saya berharap pada smeua sahabat di luar sana, walau sesusah mana pun hidup kita, seteruk mana masa silam kita, jangan mudah mengalah dan jangan berputus asa. Ujian ALLAH adalah pada hamba– NYA yang terpilih sahaja.

 

Sekian daripada saya dan mohon maaf jika tersalah kata. Selamat berpuasa dan menunaikan solat terawih. Wassalam.

 

==========================================

Anda ada cerita UiTM yang ingin dikongsikan ?

Hantar Story UiTM anda ke salam@madeinuitm.com

Register.
Enjoy 10% Discount.

1 thought on “Anak Penjual Sayur Sambung PhD Pada Usia 25 Tahun”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

UiTM di ❤ ku

Tips Menulis Tesis

HAPPY NEW YEAR PROMOTION!Get RM 10 Off For Your UiTM SweaterEnter Coupon Code : HNY19 Hurry! Limited For 30 pcs OnlyVisit https://t.co/HqVMTHITBq to find out

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad