Apakah Yang 10 Orang Terkaya Di Dunia Belajar di Universiti?

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Apakah Yang 10 Orang Terkaya Di Dunia Belajar di Universiti?

Siapakah yang tidak suka kepada kekayaan yang berbilion-bilion ringgit? Ya, memang betul duit bukan segala-segala tapi tipulah kalau anda kata anda tak sukakan duit. Kereta-kereta yang mewah, istana-istana mengalahkan rumah raja yang mereka hanya panggil ‘rumah’, kapal layar yang mereka gunakan untuk merentasi pulau-pulau yang indah dan pesawat-pesawat milik persendirian yang mereka gunakan untuk meluncur di udara. 

Jika digabungkan, nilai bersih mereka dalam senarai ini sahaja ialah RM2.921 trilion! Apa yang ingin ditekankan disini adalah apa yang dipelajari oleh orang-orang bijak ini sewaktu di universiti. Dengan harapan dapat mencontohi apa yang telah mereka capai, kita perlu mengesan dari mana segala-galanya bermula bagi mereka. Beberapa orang daripada 10 orang jutawan merupakan pelajar yang tercicir dari kolej, ada yang memperoleh ijazah sarjana dan seorang lagi tidak menamatkan sekolah menengah.

Bill Gates

Lelaki yang kekayaannya tidak mengenal batas. Beliau telah memimpin senarai manusia terkaya lebih lama daripada orang lain dalam sejarah (4 tahun berturut-turut, dan 18 tahun dari 23 lepas). Walaupun mahkota beliau sering diancam oleh orang-orang lain di dalam senarai ini, ia hanya kerana usahawan filantropi telah menyumbangkan lebih dari USD 30billion daripada hartanya kepada badan amal sepanjang hidupnya.

Nilai Bersih: USD 89.9 bilion (RM 384.4 bilion)

Sumber: Microsoft

Negara: Amerika Syarikat

Apakah jurusan yang dipelajarinya di Universiti?

Bill Gates mengambil jurusan undang-undang di Harvard, selain daripada mengambil kursus sains komputer matematik. Dia hanya belajar selama dua tahun, sebelum berhenti untuk memulakan Microsoft.

Warren Buffet

Pelabur paling terkenal di dunia duduk di tangga ketiga dalam senarai manusia terkaya Forbes, dengan namanya kini sinonim dengan kebijaksanaan. Mungkin satu-satunya aspek kehidupan Buffet yang lebih popular adalah hematnya, lelaki itu masih tinggal di sebuah rumah yang bernilai 0.001% daripada nilai keseluruhan hartanya. Pada usia 19 tahun, Buffet ingin menumpukan perhatian pada pelaburannya yang telah mengumpul lebih USD100,000, namun beliau dipaksa mendapatkan pendidikan universiti oleh bapanya. Buffet menamatkan pengajian dan meneruskan tanggungjawab keusahawanannya selepas itu

Nilai Bersih: USD 73.3 bilion (RM313.56 bilion)

Sumber: Berkshire Hathaway

Negara: Amerika Syarikat

Apakah jurusan yang dipelajarinya di Universiti?

Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan (Wharton University, kemudian dipindahkan ke Universiti Nebraska-Lincoln.

Sarjana Sains dalam Ekonomi (Columbia University)

Jeff Bezos

Jutawan yang mengimpikan pengembaraan angkasa lepas walaupun kebanyak orang menganggap langit adalah batasnya. Bezos merupakan pengasas Amazon.com, sumber kekayaannya, pada tahun 1994 setelah membuat pemanduan merentas desa dari New York ke Seattle, menulis rencana perniagaan Amazon semasa dalam perjalanan.

Nilai Bersih: USD 85.1 bilion (RM 364 bilion)

Sumber: Amazon.com

Apakah jurusan yang dipelajarinya di Universiti?

Sarjana Sains dalam Ekonomi (Columbia University)

Amancio Ortega

Sebelum kedatangan Zalora, terdapat ZARA, yang diasaskan oleh Ortega dan isterinya di bandar Galicia, Sepanyol. Setelah 42 tahun, ZARA kini menjadi jenama pakaian terbesar di dunia, menjadikan Ortega sebagai orang terkaya dalam bidang retail.

Nilai Bersih: USD 84.1 bilion (RM360 bilion)

Sumber: ZARA

Negara: Sepanyol 

Apakah jurusan yang dipelajarinya di Universiti?

Amancio Ortega tidak menerima pendidikan universiti. Beliau meninggalkan sekolah berumur 14 tahun.

Mark Zuckerberg

Tidak dinafikan nama yang paling popular di dalam senarai ini, anda mungkin membaca artikel ini melalui ciptaannya juga! Kelahiran Facebook bukan sahaja mengubah landskap media sosial selama-lamanya, ia mempunyai kesan yang sama untuk akaun bank Mark. Selepas syarikat itu menjadi public, stok mereka terus meningkat tinggi dan lebih tinggi, meninggalkan Mark, berusia 33 tahun, dengan nilai bersih yang mengejutkan melebihi USD 70,000,000,000.

Nilai Bersih: USD 71.8 bilion (RM307.1 bilion)

Umur: 33

Sumber: Facebook

Negara: Amerika Syarikat

Apakah jurusan yang dipelajarinya di Universiti?

Percaya atau tidak, Mark mengambil Psikologi dan Sains Komputer di Harvard, tetapi berhenti belahar pada tahun kedua.

Carlos Slim Helu

Carlos Slim selalu tahu akan arah yang ingin dituju dalam dunia perniagaan, setelah mula berniaga ketika berusia di mana saya dan anda bangun awal untuk menonton Dragonball di pagi Sabtu dan Ahad. Walau bagaimanapun memutuskan untuk mengambil kejuruteraan di universiti, beliau kemudiannya menjelaskan bagaimana keupayaan matematik yang dipelajari dan diasah memberikannya dirinya kelebihan dalam semua usaha perniagaannya sehingga ke hari ini. Antara bidang perniagaan yang diceburi termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, pembuatan industri, pengangkutan, hartanah, media, tenaga, perhotelan, hiburan, teknologi tinggi, runcit, sukan dan perkhidmatan kewangan.

Nilai Bersih: USD 67.9 bilion (RM290.4 bilion)

Umur: 77

Sumber: Telecom

Negara: Mexico

Apakah jurusan yang dipelajarinya di Universiti?

Kejuruteraan Awam di Universiti Autonomi Nasional Mexico

Larry Ellison

Namanya yang kedengaran asing dalam senarai, namun syarikatnya yang tidak. Larry Ellison bertahan hanya setahun di universiti pertamanya. Walaupun kebanyakan orang akan menandakan keciciran kolej sebagai satu kegagalan, Larry Ellison mengambil kemahiran yang hebat semasa jatuh bangun melalui kolej, iaitu pengaturcaraan komputer (Computer Programming). 

Nilai Bersih: USD 61.1 bilion (RM261.3 bilion)

Umur: 72

Sumber: Perisian Komputer

Negara: Amerika Syarikat

Apakah jurusan yang dipelajarinya di Universiti?

Ijazah fizik dan matematik, tetapi belajar di University of Illinois di Urbana-Champaign (Dropped Out), kemudian University of Chicago (Dropped Out)

Charles Koch

Ketua Pegawai Eksekutif Koch Industries, Charles Koch dan saudaranya secara agresif memperluaskan syarikat yang mereka warisi dari bapanya dan menjadikannya sebuah nama terkenal dalam dunia perniagaan hari ini, serta nama mereka dalam Senarai Billionaires Forbes.

Nilai Bersih: USD 48.4 bilion USD (RM207 bilion)

Umur: 81

Sumber: Diversifikasi

Negara: Amerika Syarikat 

Apakah jurusan yang dipelajarinya di Universiti?

Sarjana Muda Sains (B.S.) dalam Kejuruteraan Am (MIT) • Sarjana Sains Kejuruteraan Nuklear pada tahun 1958 • Sarjana Kejuruteraan Kimia Sains pada tahun 1960

David Koch

Adik lelaki dari klan Koch mungkin mendapat ilham dari abangnya Charles Koch, menghadiri universiti yang sama. Kedua-duanya menjalankan empayar perniagaan mereka bersama-sama dan gabungan nilai bersih mereka menjadikan mereka salah satu daripada keluarga terkaya di dunia.

Bernilai Bersih: USD 48.3 bilion (RM206.7 bilion)

Umur: 77 Sumber: Diversifikasi

Negara: Amerika Syarikat

Apakah jurusan yang dipelajarinya di Universiti?

Michael Bloomberg

Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Kimia (MIT) • Sarjana Sains Kejuruteraan Kimia (MIT)

Micheal Bloomberg adalah pengasas Bloomberg LP, perisian kewangan, data dan syarikat media. Beliau juga berjaya menjalankan kempen yang menyaksikan beliau dipilih menjadi Datuk Bandar New York City, bukan sekali tidak dua kali, tetapi tiga kali!

Bernilai Bersih: USD 53 bilion (RM226.7 bilion)

Umur: 75 Sumber: Bloomberg LP

Negara: Amerika Syarikat

Apakah jurusan yang dipelajarinya di Universiti?

Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik (Universiti Johns Hopkins) • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Sekolah Perniagaan Harvard)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE