University of Lincoln, United Kingdom mempelawa pemohon yang memiliki pencapaian akademik yang cemerlang untuk memohon biasiswa kecemerlangan akadmeik di universiti itu. Pelajar daripada China, Indian, Malaysia, Norway, Nigeria, Saudi Arabia, Thailand, Vietnam dan Amerika Syarikat layak untuk memohon biasiswa ini.
Lincoln Universiti merupakan universiti ranking ke 11 dunia dari segi menyediakan kemudahan kepada pelajar mengikut analisis daripada National Student Survey (NSS) pada tahun 2016. Universiti ini berhasrat untuk melahirkan graduan penyelidikan terkemuka dunia dalam pelbagai bidang.
Tarikh Tutup
30 Jun 2017
Kriteria
- Pemohon mestilah sudah bergelar pelajar pra-siswazah atau pasca-siswazah sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh tutup permohonan biasiswa ini.
- Bagi pengambilan pelajar untuk kemasukan sesi akademik bulan Februari 2017 ianya telah pun dibukasejak 30 November 2016 yang lalu.
- Bagi pengambilan pelajar untuk kemasukan sesi akademik bukan September 2017, permohonan pengambilan pelajar akan dibuka pada 30 Jun 2017. Walau bagaimanapun, tarikh tutup permohonan biasiswa ini bergantung kepada pihak pengurusan universiti.
- Pemohon mestilah merupakan pelajar antarabangsa di universiti itu
- Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan mengikut program yang diikuti di universiti berkenaan.
- Pemohon mesti memastikan adanya bukti kelayakan antarabangsa mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan dalam program biasiswa ini
- Pemohon yang pernah menerima biasiswa kecemerlangan akademik untuk mana-mana tahap pengajian sebelum ini di universiti Lincoln, pemohon tidak layak untuk memohon.
Amaun
Bagi tahun 2017, biasiswa kecemerlangan akademik ini adalah bernilai £5,000 dimana ianya akan ditolak daripada jumlah yuran pengajian pada tahun pertama pengajian.
Jurusan
Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti apa sahaja program pengajian yang ditawarkan oleh Lincoln University.
Cara Memohon
Bagi anda yang berminat untuk memohon biasiswa ini anda perlu melengkapkan borang permohonan kemasukan pengajian ke Lincoln Universiti. klik pada pautan berikut Academic Excellence Scholarship Apllication Form. Kemudian emelkan kepada intscholarships@lincoln.ac.uk