Perjuangan Darah dan Air Mata

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Nota Editor: Nukilan ini dikongsikan oleh saudara Nur Huda Ramlan yang menceritakan pengalaman beliau sebelum melalui sesi Viva, Viva adalah peperiksaan yang dilakukan dalam bentuk perbincangan. Tiga atau empat orang penilai dalaman dan luaran akan memberi maklum balas dan pandangan mereka ke atas tesis yang disemak sebelum pelajar boleh bergelar seorang Doktor Falsafah.

PERJUANGAN DARAH DAN AIR MATA


Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya semasa Viva tadi.
Kita usaha saja yang lain tu kita serah pada yang SATU.

On the way balik ke johor, slide saya belum siap pun.
Malam tadi pukul 12am baru siap sepenuhnya dan saya masuk tidur.
Bangun pagi menyesal

Sebab saya belum habis lagi baca thesis sendiri, baru habis study 1/3 thesis tu
Bangun pagi tadi pukul 4.50 am, saya fikir nak baca thesis atau nak solat sunat dulu?

Saya fikir thesis itu sudah begitu, sekarang cuma Allah boleh tolong saya.
Dalam doa saya minta sungguh-sungguh, Allah tutup aib saya.
Kalau Allah tak tutup, habislah saya.
Thesis saya terlalu banyak kekurangan

Saya baca doa yang sahabat saya kirimkan lebih kurang berbunyi begini
“Allah tuhan kami, tuhan kamu; Amal kami, amal kamu; Maka janganlah tercetusnya pertengkaran antara kami (kerana kebenaran telah jelas dan nyata”

Subuh-subuh tadi bermacam mesej masuk sahabat dan keluarga doakan saya. Mereka kata mereka sebut nama saya dalam doa mereka seperti yang saya minta
Pukul 6.30 suami telefon, dia kata sudah buat solat hajat. Dia minta saya buat dhuha sebelum Viva. Saya kata mana sempat dahla tak habis baca thesis lagi

Suami kata pasti sempat, ambil wudhu siap2 dari rumah.

Sampai di fakulti saya terus ke surau, di surau seorang staff tegur kata tak pernah nampak sebelum ni.
Bila dia tahu saya datang untuk viva terus dia doa semoga dipermudahkan Viva saya. Dua kali dia doa.
Ya Allah orang asing yang tak kenal saya doakan saya, beliau baru lepas solat pula tu. Maha Baiknya Allah temukan saya dengan orang baik-baik di pagi hari yang hujan ni

Allah, semasa viva, lembut sungguh internal dan external examiner saya berbicara.
Dan saya sendiri rasa amat tenang sepanjang sesi berlangsung.
Saya rasa macam nak senyum je, tapi rasa macam sewel pulak

Alhamdulillah semua soalan dapat dijawab seadanya.

Saya pinjam ketenangan ibu saya Paridah Suhaimi
Kiriman kasih ibu mertua saya Zuraidah Omar
Redha suami saya Ahmmad Shukrie
Semangat adik beradik saya yang tak jemu beri sokongan.
Dan doa para sahabat dan anak-anak yang begitu terasa keikhlasannya.

Sewaktu menyelak satu persatu helaian thesis bersama pemeriksa, saya doa lagi, Ya Allah kau tutuplah aib-aib ku. Hanya Engkau Maha melihat dan mengetahui apa yang terbaik buat umatmu.
Apa yang saya takuti pemeriksa tanya semua pemeriksa tak tanya pun
Waktu tu saya rasa Ya Allah Maha Besar kuasa Engkau

Saya benar-benar rasa rendah diri!

Kurang 2 jam sudah selesai presentation 60 slide dan pembetulan 200 mukasurat thesis.
Viva bermula 9.15 pagi dan 11 pagi saya sudah diminta keluar untuk pemeriksa buat keputusan.

Lama, 15 minit.

Kemudian saya dipanggil masuk semula, Tuan Pengerusi umumkan, “Tahniah Huda, anda telah dianugerahkan PhD dengan minor correction”
Saya tenang dan senyum saja.
Namun hati sudah sebak membuak-buak.Tiba-tiba Tuan Pengerusi bersuara, “Dipersilakan beri ucapan”

Alamak..kena bagi ucapan??

Dengan hati yang sebak saya mula nak bercakap tapi suara tersekat. Air mata tumpah! Allah..perjalanan ini terlalu emosional
Tapi mereka tetap tersenyum dan menunggu ucapan saya.Saya teruskan dengan suara yang tersekat-sekat menahan sebak.

“I’ve been sick, I gave birth to my 2 children, and my supervisor has been supportive and understanding all these years. I can’t thank her enough”
Supervisor bangun dan memeluk saya kemas, saya tahu ini juga sangat emosional bagi beliau. “Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya untuk awak”
“And to my examiners, they are so angelic! I am sorry if I don’t meet your expectations but thank you so much for accepting my flaws ”

Examiner tersenyum dan membalas dengan kata-kata semangat.
Perjalanan PhD ini sangat panjang, 5 tahun setengah yang penuh dengan darah dan air mata.
Bukan perjalanan biasa-biasa. Orang keliling yang bersama kami tahu, bas ekspress dan jalan kota-tinggi mersing adalah laluan utama kami.

Berulang saban minggu saban bulan.
Sangat memenatkan.
Kadang terpisah Mmy dan Icad di skudai, Dina di bandar Mas, Abi di Kuantan.

Kadang Mmy Abi dan Icad di Skudai, dan Dina di bandar Mas.
Kadang hanya Mmy dan Dina di Skudai, Abi di Kuantan.
Kadang Abi dan Icad di Kuantan dan Mmy di Skudai, Dina di Bandar Mas.

Hidup terpisah-pisah.
Anak-anak lah yang paling banyak berkorban perasaan ditinggal-tinggalkan
Dan keluarga saya dan keluarga suami terlalu banyak membantu.

Mereka adalah support sistem terbaik kami
Ini belum termasuk episod saya mengalami postpartum depression dan sakit saraf sampai menangis-nangis menahan sakit.
Bukan mudah bila dua-dua sambung belajar.

Awak stress, saya pun stress
Tolak ansur perlu sangat tinggi.
Masa suami writing saya jaga anak, lepas suami submit thesis, saya pula start writing.

Semasa saya hantar thesis sebelum Viva, suami hantar hardbound selepas Viva, pada hari yang sama.
Bila dua-dua sibuk, kami terpaksa serah anak seratus peratus pada keluarga.
Suami mula PhD lewat setahun dari saya tapi dia habis 4 bulan lebih awal dari saya

Tapi saya beranak dua kali okay #alasanmu
This bittersweet journey has ended.
Manisnya sebuah kemenangan dari perjuangan yang panjang.

Sesungguhnya semua ini datang dengan izin Allah asbab doa dari keluarga dan sahabat-sahabat yang penuh rasa cinta
Perjalanan PhD mengajar saya bahawa pergantungan hati kepada Allah perlu sangat tinggi!
Kepada rakan-rakan seperjuangan yang masih berjuang, saya akan terus doakan.Dan terima kasih kepada yang sama-sama kecut perut dari pagi tadi

Verily, with every hardship comes ease.

Teruskan berjuang, walau terpaksa merangkak sampai ke garisan penamat
psiloveu: Ironinya, saya dilahirkan pada 1 Ramadhan, dan habis bersekolah pada 4 ramadhan lebih 30 tahun kemudian. Barokah Ramadhan

Sumber – Nur Huda Ramlan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE