Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

KBS Sokong Penubuhan Universiti Sukan Pertama Negara

Sumber – BERNAMA

Kementerian Belia dan Sukan menyambut baik tawaran Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk menjadikan Terenggeanu sebagai lokasi penubuhan Universiti Sukan pertama di negara ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata cadangan tersebut akan diusulkan secara bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memandangkan ia berada dalam bidang kuasa kementerian tersebut.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dengan tawaran itu. Sebagai menteri, saya amat bersetuju kerana daripada dahulu kita menginginkan sebuah universiti sukan. Tiada masalah diwujudkan di Terengganu jika ada tawaran tanah, cuma untuk pembinaan perlu datang daripada KPT,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan pelajar dalam Siri Jelajah Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, malam tadi.

Terdahulu, dalam sesi berkenaan Ahmad Razif telah menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut untuk dijadikan lokasi pembinaan universiti tersebut memandangkan ia telah dilengkapi bangunan serta kemudahan infrastruktur untuk tujuan itu.

“Kami sudah ada sekolah sukan di sini, jadi elok benar kalau ada universiti sukan pula. Saya menawarkan Taman Ilmu di Tembila, Besut sebagai universiti sukan pertama di Malaysia,” katanya dengan disusuli tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Pembinaan Universiti Sukan pertama itu merupakan satu daripada cadangan yang dilontarkan oleh Mohd Rafi Kori, 37, apabila menyatakan aspirasinya menjelang 2050.

Selain itu, Khairy turut menyatakan kekagumannya dengan impian anak muda yang hadir tertutama kalangan rakyat Terengganu yang mahu melihat negeri itu menjadi maju dan membangun pada masa depan.

Katanya, aspirasi mereka bukan setakat pembangunan ekonomi dan pendidikan tetapi juga tentang keadaan sekeliling yang sesuai dengan apa yang telah ada di negeri ini termasuk perikanan, litar permotoran dan penguasaan bahasa Inggeris. – BERNAMA

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad