ok. straight to the point. aku nak share dgn hampa pasal hidup seorang pelajar ‘Art Design’. Selalu zaman skola orang mesti label budak2 kelas art ni konfem yang ‘tak pandai’ belajar, yang result PMR cukup2 makan ja, yang pemalas nak siapkan kerja rumah and what so ever. kejam kan pandangan manusia ni? sampai aku sendiri pernah terfikir ‘teruk sangat ke budak2 art ni?’
Kayla, aku bukan nak cakap apa ah, aku budak sc teknikal. masuk kelas Sc atas dasar ‘mak and cikgu suruh’. skola aku mengamalkan konsep ‘sapa PMR straight A’s diwajibkan masuk kelas SC’ wajib kay wajib. so cita dia kau tapayah ah nak gedik2 berangan nk terlist dalam kelas Art. sedangkan hati aku memang nak sangat ke arah tu. tapi bak kata orang tua2 ‘berkat makbapak tu penting’ maka jadilah babak kerana terpaksa kurelakan jua.
2 tahun tercampak dalam kelas Sc teknikal buatkan aku lost. bukan aku tak cuba nak minat dah macam jenis cara aku cuba untuk meminatkan segala fizik kimia dan subjek killer aku ‘ADDMATH’. oh tuhan, aku memang tak faham kenapa aku tak boleh nak faham subjek tu. wei aku belajar wei tapi tulaa maybe sebab kepala aku bukan yg jenis cepat ‘catch up’ bab2 sc ni. maka dengan itu SPM aku pun sebelah tangan ja mampu.
Memang aku da nekad lepas SPM aku takmau masuk engineering. bukan nak protes ke apa sebab aku nak jugak ikut suara hati aku nak masuk dunia ART. alhamdulillah tuhan lembutkan hati mak aku untuk terima keputusan aku sambung belajar dalam dunia Art Design.
Hmm, 1stime jadi budak art ni boleh cakap ah macam jakun. macam excited kemain. macam tadak keja. macam budak baru nak up pun ada. ceh.
Tapi lepas 3 bulan mendalami segala subjek yang ada. fuh fuh fuh. aku rasa macam nak give up pun ada. hahahahahaha
To my dearest friends especially bukan kos art, *yg jenis pandang rendah jela*. tolong la stop cakap budak art ni hadap subjek yang senang nk score. tu pasal boleh dekan.
oi, mentang2 kau tgk kami belajar sambil hadap youtube layan movie sana sini then suka2 ah kau label kami ni tak struggle macam kau? amboi.
Meh sini aku nak cita,jadi budak art kau kena ada idea. sebab idea itu aset paling mahal. kalau kau tadak idea. konfem keja kau tak jalan.
Nak dekan? fuh kau pernah tanya budak2 Art yg dekan ni sejauh mana usaha depa? Makan tido entah kemana. gigih pi sana sini cari bahan nak buat artwork. bab duet kau tapayah nak cakap ah. macam air ja rasa. habis guna dekat artwork ja. belum lagi cita pasal artwork yang kau sungguh2 buat tak tido 3malam ikat perut makan maggie ja sekali pi proceed dengan lect kena RIJEK. kau tahu tak rasanya bila usaha kau yang tinggi everest tu lect pandang macam SAMPAH? tahu rasanya bila kena campak kena koyak depan mata.? tak tipulah rasanya sakit lagi daripada putus cinta.
Then bila segala kesakitan tu dirasa..dan tuhan kasi nikmat dekan pulak. rasa puas tahu? rasa usaha kau kasi setimpal. but then, dapat member kos lain cakap ‘ala bdk art senang nk score. tak heran la’
Oh mak kau. rasa macam nak koyak2 ja mulut hamba tuhan tu kan. mohon kawan jaga mulut pasni. kau tak duduk kat situasi budak art so please jangan nak main lepas ja cakap.
‘budak art tadak masa depan’. ?
wui, open your mind sikit boleh? kalau tadak masa depan apesal banyak ja universiti yang tawarkan kos art design? kau fikir saje2 depa nak wujudkan? kemon ah, duduk zaman serba moden. art is life okay. cukup kau tengok kiri kanan depan mata penuh warna warni. tu cite train to Busan, lagu kpop, game pokemon go, instagram fesbuk semua yang kau dok selalu hadap tu dah terang2 kasi tahu kau hasil karya budak Art. apa kau expect budak medic ah yg create movie gempak2 tu?
*ok x kutuk budak medic sbb aku tahu medic memang susah*
aku just harap manusia2 yang suka pandang rendah kat budak Art ni tolong ah ubah fikiran sikit. gaji budak Art pun boleh cecah ratus ribu la. iye rezeki tuhan yang kasi tapi tuhan pun da pesan usaha. kalau tadak usaha rezeki pun takmai aih depan kau.
and for me, tak kisah la kau amik kos apapun. selagi kau minat and sungguh-sungguh nak belajar. in sha Allah, tuhan bukak jalan untuk kau berjaya. kalau dapat dekan tu kira rewards utk diri kau jugak. so bersyukur. stop judge and keep support kawan-kawan dalam kecapi impian depa. kan happy ending gitu? hee.
and last la aku nak cakap,
orang art ni mostly jiwa sensitif sikit so ada masa gurauan kasar kau tu dia makan hati. sebab dia jenis halus. jenis mendalami kata2. jenis merasai dengan mata hati. senang cakap jenis menghargai erti sebuah kehidupan. and you know what, berkawanlah dengan budak2 Art kalau kau nak belajar makna sebuah ‘cerita’