Hormati dan Sayangi Ibu bapa Kita Selagi Mereka Masih Hidup

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

 

Ayah dan ibu adalah permulaan kita. Tanpa mereka kita tidak akan wujud di dunia ini. Setiap agama di dunia menyuruh kita memuliakan kedua-dua ibu bapa kita, tidak kira siapa mereka dan bagaimana mereka melayani kita. Malah Islam sentiasa menganjurkan anak–anak untuk memuliakan ibubapa dan menjaga mereka dengan baik. Nabi juga pernah bersabda bahawa ‘redha ibu bapa adalah juga redha Allah’. Begitulah tingginya nilai dan martabat ibu bapa yang digariskan dalam Islam.

Namun tidak dinafikan, ada anak-anak yang membalas dendam pada kedua ibubapa kerana masa kecil, ibubapa tidak begitu mempedulikan mereka kerana kesibukan bekerja atau kerana tekanan hidup. Malah tidak terkecuali ada juga ibubapa yang sangat baik dan telah banyak berkorban untuk anak-anak tetapi hidup terabai dan terpaksa menghabiskan sisa hidup usia tua mereka di rumah orang tua dan keseorangan.

Tanpa kehadiran mereka (ibu bapa) yang gigih mengerah keringat dan membanting tulang bagi memastikan perbelanjaan harian terjamin, pelajar tidak akan sampai ke tahap yang ada sekarang.

Lantaran itu, katanya, setiap anak wajar sedar dan tahu mengenang budi serta membalas jasa orang tua dengan cara belajar bersungguh-sungguh dan apabila memperoleh pekerjaan, jangan sesekali melupai jasa kedua ibu bapa.

Ternyata kehidupan moden dan terlalu bersifat materialistik mendorong anak-anak menderhaka pada ibubapa. Pendidikan yang tinggi dan status kehidupan yang baik belum tentu dapat menjamin mereka menjadi anak yang baik dan boleh menjaga kedua ibu bapa apabila tua. Lebih tinggi kedudukan dan pendapatan mereka adakalanya menyebabkan mereka semakin sibuk dan lalai dengan urusan dunia sehingga melupakan kedua ibu bapa.

Memetik syarahan Ustaz Kazim Ahmad dalam ceramahnya bertajuk Anak Derhaka, beliau ada menyebut, pengorbanan ibu dan ayah tidak ada tolok bandingnya. Semasa kecil anak-anak dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibubapa, malah najis anak-anak juga dibasuh dengan tangan mereka sendiri tanpa rasa jijik. Namun apabila ibubapa sudah tua dan uzur serta tidak berdaya ada dalam kalangan anak-anak yang mencuci najis ibubapa menggunakan plastik, kaki dan menggunakan penutup hidung. Ini menunjukkan seolah-olah anak-anak terlampau jijik untuk menguruskan kedua-dua orang tua yang telah banyak berkorban untuk mereka.

Disebabkan sikap anak-anak yang tidak sanggup berkorban untuk ibu bapa, pusat perlindungan orang tua dan rumah warga emas semakin banyak didirikan. Ini secara tidak langsung mencerminkan sikap kurang prihatin dan kurangnya nilai murni masyarakat kita khususnya anak-anak yang tidak sanggup menjaga kerenah ibubapa yang tua. Mereka lebih sanggup menghantar kedua-dua ibu bapa ke rumah orang tua bagi memudahkan hidup mereka.

twitter – @amalianadira

Zainuddin Ayip dalam artikelnya bertajuk Penangan si Tanggang Moden, Siapa yang Bersalah? yang ditulis dalam majalah Milenia Muslim menggariskan ciri-ciri tanggang moden. Antaranya,
Enggan menjaga ibu bapa yang menghadapi masalah fizikal dan mental.

1. Membalas dendam kerana sikap dan sejarah masa lampau ibu bapa.

2. Enggan menjaga ibu bapa dengan alasan mempunyai tanggungan yang ramai.

3.Mengambil barang kemas, wang dan harta benda ibu bapa.

4. Memaksa ibu bapa menukarkan nama harta kepada namanya.

5. Merajuk kerana tidak sependapat dengan ibu bapa sehingga mengabaikan mereka

6. Bertindak kasar seperti menengking, menampar, ugut dengan senjata.

7. Menyuruh ibu bapa menjaga cucu (anak-anak mereka) meskipun mampu menghantar mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak

8. Tidak memberikan wang untuk menyara kehidupan ibubapa. Biarkan ibubapa dalam kesempitan hidup.

Tuntasnya mungkin sesuatu boleh dilakukan untuk mengurangkan fenomena ini dari terus berleluasa. Masyarakat perlu kembali pada norma kehidupan yang lebih murni, menjaga kerukunan rumahtangga, mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga dan paling penting kembali ke jalan agama yang banyak memberi panduan dan ajaran dalam kehidupan serta menjamin ketenangan hidup. Ingatlah bahawa hidup ini satu putaran, jika kita berbuat baik kepada ibu bapa kita, insya Allah suatu hari nanti apabila tua, anak-anak pula akan berbuat baik kepada kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE