Beli Kereta, Kesilapan Biasa Graduan Baru

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

‘Memang bergaya, tapi lambat kaya’

Baru beberapa bulan bekerja, dah bergaya dengan kereta baru… Kalau adik-adik ni tahu, kereta baru itu mungkin melambatkan mereka untuk lebih kaya! Sebabnya, mereka perlu kumpul duit untuk kahwin, untuk duit hantaran, untuk majlis kenduri, untuk sara hidup ‘anak orang’ lepas kahwin yang pastinya berlipatkali ganda kosnya. Mereka perlukan duit untuk settlekan hutang pendidikan, nak masuk rumah bila dah kawin, nak cukupkan kelengkapan rumah, nak sambut kelahiran anak pertama dan segala-galanya perlukan duit. Itu belum kira nak siapkan simpanan kecemasan 3 bulan gaji, tapi duit dah siap-siap dikorban untuk kereta!

Gambar sekadar hiasan

Beli Bila Perlu, Bukan Ikut Mahu

Bukan salah beli kereta, tapi dari sudut KEUTAMAAN, ia antara keutamaan yang paling akhir kalau betul-betul nak hidup senang. Masa baru bekerja, pendapatan saya sangat kecil. Isteri tak bekerja. Jadi kami tak mampu beli kereta. Kalau nak beli kereta pun, ansuran yang saya mampu cuma RM200 sebulan. Tak lebih dari itu. Jadi saya beli kereta di saat-saat kami sangat PERLUKAN kereta untuk sambut kelahiran anak sulong. Itu pun beli kereta second hand, Nissan Sunny tahun 1994! Bukan kereta baru… Masa belum ada anak dulu, kami suami isteri ke sana ke mari naik motor jer. Hatta masa isteri pregnant 7 bulan, kami masih bermotosikal dari Gombak ke Kuala Selangor (50km)! Kami yang nampak macam ‘desperate’ tu pun masih rasa enjoy bermotosikal, inikan pulak orang lelaki bujang…

Saya bukan sarankan jangan beli kereta, tapi cuba nilai balik sejauh mana KEPERLUAN dan KEUTAMAAN beli kereta bagi graduan baru (i.e. duit simpanan belum cukup, keperluan kewangan yang besar untuk memulakan hidup), especially mereka yang boleh bermotosikal atau naik public transport ke tempat kerja. Kalau setakat nak balik kampung, naik bas lagi senang untuk orang bujang. Duit petrol, dan duit tol tak berbaloi kalau setakat balik sorang diri. Itu belum kira kos maintenance, kos accident dan kos saman speed trap! Kalau setakat nak pergi kerja, baik naik motor jer lagi jimat. Jimat duit, jimat masa. Nak parking pun senang.

Nasihat Penjual “Cholek” Jutawan!

Masa bulan Ramadhan hari tu, abah ajak saya makan cholek (istilah Kelantan) di kedai kawan dia di Pekan Pasir Mas sambil tunggu bas untuk saya balik ke KL. Kawan abah tu berniaga cholek bulan puasa dan jadi ejen jualan tiket bas di Pasir Mas. Pakai kereta buruk jer, tapi nilai hartanah yang dia miliki sekarang melebih RM1 juta! Orang macam dia lah yang Chef Li (Dato’ Dr. Rusly Abdullah) maksudkan sebagai “Jutawan Senyap”. Dalam senyap-senyap, dia sebenarnya seorang jutawan…

Antara nasihat beliau kepada saya;

“tak payahlah habis duit beli kereta… Pakai kereta biasa-biasa dah la… Kita pakai kereta untuk hantar anak sekolah jer… Kalau nak pergi KL, lebih baik naik bas, naik teksi! Buat apa drive sendiri, buat sesat ada lah… Buat habis duit minyak, duit toll… Belum kira duit servis kereta…”

Beliau memang smart dari sudut kewangan. Ada duit, bukan tukar kereta baru, tapi beli tanah dan pecahkan lot tanah. Beli simpan, beli simpan. Tanah makin lama makin naik nilainya, tapi kereta makin susut nilainya…

Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Saya nampak, antara kesilapan biasa graduan baru ialah terlalu gopoh nak beli kereta. Nak ada kereta sendiri! Barulah ada ‘style’ agaknya… Padahal, kalau dia tahu, lebih baik beli rumah sebelum beli kereta. Beli kereta hari ni, esok nilainya dah jatuh RM5,000! Tapi beli rumah hari ni, tahun depan harganya dah mahal.

Bagi saya, orang muda lebih baik kocek penuh berbanding hutang penuh. Biarlah kita bermotor kapcai, tapi kita tak perlu berinstallment untuk ‘dapatkan’ isteri. Lagi malang kalau anak dah nak masuk 3, 4, tapi isteri tu masih berstatus ‘installment’!

biar papa asalkan bergaya, kan?

Saya benar-benar nampak, kaya atau sempit, silapnya pada kita sendiri salah mengurus duit. Ia bukan soal gaji besar atau gaji kecik. Orang gaji kecik boleh hidup senang, boleh beli itu ini secara TUNAI! Tapi orang bergaji besar semuanya beli nak pakai kad kredit dan nak beli cara installment! Orang macam tu, gaji sebesar mana sekalipun dia tetap akan rasa sempit!

Hutang Kad Kredit RM200,000!

Masa motosikal saya hilang awal tahun 2012, ada adjuster (penyiasat kes) jumpa saya. Dia cakap, dia handle banyak kes claim insurans. Ada satu kes tu, seorang perempuan bergaji RM15,000 sebulan mati kemalangan, tapi hutang kad kreditnya tertunggak RM200,000! Ini kisar benar…. Sebab tu kita tak heran orang bergaji besar pun tak cukup duit… Puncanya jahil pengurusan kewangan…

Selalu juga saya nampak orang berkeluh kesah tentang duit, tapi belanjanya lagi mewah dari kami. Antaranya, saya pernah share dalam artikel “Kaya atau Sempit, Di Mana Silapnya?“. Ada pernah sekali saya join jemaah Damansara Damai agihkan bantuan fakir miskin di bulan Ramadhan, tapi seorang penerima bantuan tu, di rumahnya siap ada Astro! Aduh… Sedangkan semua petugas tak ada seorang pun yang ada Astro di rumah! Siapa kaya, siapa miskin sekarang ni? Aduh…

Buku pertama yang mencelikkan saya tentang kewangan peribadi.

Buku Pertama Lepas Gaji Pertama

Jadi, untuk adik-adik yang baru grad dan baru masuk kerja, saya syorkan belajar dulu pasal kewangan sebelum TERSILAP langkah. Sebelum terbeban hutang sana sini, lebih baik kita belajar dulu dari kesilapan orang lain. Cara paling mudah, baca buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” tulisan Azizi Ali. Laburkan duit gaji pertama tu untuk beli buku tu dulu belum habiskan duit tu. Bagi saya, ini buku wajib baca kalau nak celik kewangan.

Setakat ni alhamdulillah, saya dapat respon positif dari mereka yang baca buku ni. Pesan Azizi Ali, “jadi kaya tu penting, tapi yang lebih penting ialah tak jadi miskin”!

Nasihat saya yang kedua, simpan sebahagian besar duit gaji masa bujang untuk masa depan. InsyaAllah, nanti saya akan senaraikan beberapa simpanan yang mesti dibuat oleh graduan baru sebelum dibebankan dengan pelbagai bebanan kewangan especially bila nak kawin, insyaAllah…

Wallahu a’lam.

Sumber – http://www.mohdzulkifli.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad