Tips Menamatkan Pengajian Dengan Kepujian Kelas Pertama: No Easy Road To Success

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Tips Menamatkan Pengajian Dengan Kepujian Kelas Pertama: No Easy Road To Success

Nota Editor: Nukilan ini dikongsikan oleh Mat Kuantum berkenaan tips untuk menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama. Tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan saya harap pembaca semua jadikan pengalaman beliau sebagai panduan untuk berjaya.

Catatan “No Easy Road to Success

Sebenarnya saya malas mahu tulis tentang ini tetapi sebab ramai yang bertanya, saya tulislah juga. It is a general rule of thumbs, could also be a universal principle. Here are some tips to successfully graduate with First Class Honours.

1. Cari seorang (atau dua) orang mentor dalam bidang yang anda minat dan bincang secara serious dengannya tentang perjalanan akademik dan subjek pilihan anda di universiti tersebut. Sebelum saya sambung belajar di Australia, saya sudah meneliti secara khusus subjek-subjek yang saya minat dan mahu ambil dari tahun pertama hingga tahun terakhir. Akhirnya saya pilih untuk ke Melbourne University berbanding ANU, UQ dan Monash University kerana tertarik dengan subjek Light, Matter and Chemical Change. Tetapi bila belajar subjek itu pada tahun kedua, ternyata ia tidak menarik. I also learnt that Dr. Farouk Musa had planned in such a way prior to enrollment.

2. Buat persediaan awal. Selepas enrol untuk subjek yang sudah diteliti, beli (lebih bagus) atau pinjam dari perpustakaan the recommended text books. Kalau sudah ada course outlines, boleh terus rujuk untuk topik/bab yang tertentu dan fokus pada bab itu. Baca dan kaji topik tersebut sebelum setiap kali kuliah bermula. Kalau tak faham, itu hal no. 2. When the lecturer touches the topic you have studied then it rings a bell about the topic you don’t understand.

3. Now, this is the utmost important part. Seringkali kita tak tahu apa yang kita tidak tahu. Cara yang mudah ialah cari past exams dan cuba jawab past exams tersebut. Dari situ kita akan tahu apa benda yang kita tidak tahu. Sepanjang 2007 hingga 2010 saya di Melbourne University, saya buat past exams dari tahun 2006 hingga ke 1999. (Saya rasa sayalah budak paling rajin di Melbourne University dulu, rasa-rasanya la). Kalau ada bab/topik yang kita tak tahu walaupun sudah belajar dalam kuliah, inilah masanya untuk bertanya dan berbincang tentang soalan past exams dengan pensyarah. Kalau untuk satu subjek ada 12 minggu, maka minggu ke-3 atau ke-4 sudah boleh menjawab 15-20% soalan dalam past exams. Biasanya soalan dalam past exams akan mengikut urutan pembelajaran dalam kuliah. Contohnya soalan 1 adalah dari minggu 1-3 kuliah.

4. Pesan Ustaz Dr. Zahazan kepada saya sewaktu beliau datang melawat Melbourne ialah, ilmu tidak akan boleh diperoleh dengan tubuh badan yang bersenang lenang. Apatah lagi bila dikurniakan dengan nikmat belajar di luar negara. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? Menjadi pelajar mesti rajin. Saya baca buku sekitar 3 buah seminggu dan belajar 8 jam sehari di luar waktu kuliah. Pelajar mesti berdamping dengan buku dan selalu menziarahi perpustakaan. Pelajar juga mesti berdisplin dan hadir ke kuliah/tutorial awal sebelum pensyarah datang sebagai adab belajar. Sunnah bagi seorang pelajar mesti sentiasa bawa pen dan buku nota untuk mencatat.

5. Hadir ke kuliah dan tutorial itu wajib. Dalam kuliah mungkin kita tak faham langsung apa yang diajar oleh pensyarah, tetapi tutorial akan banyak membantu untuk memcapai kefahaman ini. Seingat saya, sebulan pertama belajar Applied Partial Differential Equation (Applied PDE), memang saya tak faham apa-apa langsung. Mujurlah ada tutorial yang banyak membantu memberi kefahaman ini. Menjadi seorang pelajar, mesti rajin buat soalan tutorial sebanyak mungkin. Akhirnya saya dapar 90% untuk subjek Applied PDE.

6. Mesti sentiasa hormat pada pensyarah. Alhamdulliah saya belajar di Barat selama 7 tahun. Jadi hubungan saya dengan banyak pensyarah adalah seperti kawan rapat. Saya juga selalu minum hot chocolate dengan tutor matematik saya, Dr. Marty di bawah bangunan Physics Department.

7. Alhamdulillah, atas bantuan Tuhan dan kesungguhan belajar, saya graduate dari Melbourne dengan First Class Honours. Pada tahun ke-3 saya ditempatkan ranking ke-2 dalam Chemistry Department dan mendapat James Cuming Scholarship. Yeay ! Thanks Melbourne University.

Sumber oleh Mat Kuantum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad