Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Surat Buat Kekasih Sarjana

3 tahun di Sarjana adalah sesuatu yang sukar untuk aku teruskan perjuangan hidup. Semester 3 aku kehilangan abah. Aku gagal untuk jalankan tangungjawab sebagai seorang anak sulung apabila aku terlambat untuk kebumikan abah.

Semester itu, pointer aku jatuh dari 3 ke 2. Sepanjang pengajian Diploma dan Ijazah, itu kali pertama aku kecewa tapi aku bangkit semula dengan semangat dari kawan sekelas. Mereka sangat memahami.

Konvokesyen Sarjana aku baru-baru ini, mak tak dapat hadir sebab masalah kewangan. Aku hanya dapat kirimkan gambar kepada mak. Harap gambar ini memberi sejuta makna. Abah pula tak akan hadir secara realiti tapi abah hadir bersama semangat buat aku. Ketika itu, aku hanya menumpang kasih dan sayang dari keluarga lain.

Terima kasih mak dan arwah abah sebab telah berjaya menghantar saya ke Universiti. Siang malam mencari duit. Penat lelah mak abah sampai hari ini belum saya legakan lagi. Segulung sarjana ini istimewa buat mak dan abah.

Kisah aku tak menarik seperti rakan lain. Tapi ini adalah semangat yang perlu aku kongsi bersama buat alumni, pelajar dan bakal pelajar UiTM. Jadikan susah senang dan kehilangan yang terpaksa kita alami ini sebagai kekuatan untuk kita kecapi segulung ijazah.

======================================================================

Anda ada cerita UiTM yang ingin dikongsikan ?

Hantar Story UiTM anda ke salam@madeinuitm.com

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad