Pasti anda semua bersetuju bila dikatakan bahawa pengalaman sewaktu belajar di universiti merupakan kenangan manis dan pahit yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila. Berkenalan dengan member-member baru, membuat assignment hingga ke minit-minit yang terakhir, rasa gembira yang tak dapat diungkapkan bila penyarah memberitahu bahawa kelas batal, tengok perlawanan bola sepak bersama member-member, jumpa cinta sehidup semati dan macam-macam lagi
Yang pasti, setiap universiti di negara ini mempunyai sistem pengurusan hal elwal akademik dan pelajar berbeza yang membuat pengalaman sepanjang tempoh pembelajaran bagi pelajar juga berbeza.
22 Perkara Yang Hanya Student UiTM Akan Faham.
1. Yuran pengajian lebih murah daripada universiti lain
(Credit: intanurulfateha.com)
Perkara yang paling utama dan terbaik buat pelajar-pelajar UiTM ialah yuran semester sebab jauh lebih murah berbanding universiti-universiti lain di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Ini fakta yang tak boleh nak dinafikan sebab hanya semester pertama saja mereka perlu membayar RM700 lebih. Bagi semester kedua dan seterusnya, pelajar UiTM hanya perlu membayar dari RM400 lebih hingga RM500 sahaja.
2. Duit ptptn yang sangat mencukupi untuk hidup tanpa bantuan ibubapa.
Disebabkan yuran pengajian di UiTM teramatlah murah, maka baki duit ptptn selepas menjelaskan yuran sangat banyak walaupun jumlah yang dipinjam untuk sesuatu program di UiTM jauh lebih sedikit berbanding universiti-universiti di Malaysia. Tapi kalau tak pandai nak mengurus duit yang ada, biarkan diri anda dinodai Instashop dan sebagainya, pasti sekejap je dah habis.
3. Cuti semester lebih lambat berbanding universiti lain
Satu perkara yang unik pasal UiTM ialah cuti semester. Cuti semester di UiTM lebih lambat berbanding universiti-universiti awam lain di Malaysia. Di hujung semester nanti, timeline di twitter dan Facebook pelajar-pelajar akan menjadi sedih disebabkan rakan-rakan mereka dari universiti lain sudah mula bercuti tetapi mereka masih berjuang di kampus untuk menghadapi peperiksaan akhir.
4. Minggu Destini Siswa (MDS)
Minggu Destini Siswa (MDS) atau nama lainnya minggu orientasi. Sebenarnya minggu ini sajalah minggu yang paling susah semasa berada di UiTM selain minggu terakhir menghantar assignment atau minggu peperiksaan. Pada minggu para pelajar akan menjalani aktiviti-aktiviti orientasi yang padat dalam waktu yang singkat sehinggakan akan merasa tak cukup mandi, makan dan tidur kerana semua pergerakan kena laju dan tangkas. Busuk dan mengantuk adalah kawan ada semasa minggu ini.
5. Hadap peperiksaan akhir di waktu musim perayaan
Tak kira sama ada miskin atau kaya, musim perayaan Aidil Fitri merupakan masa di mana semua orang yang beragama Islam bergembira setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Namun perkara ini tidak berlaku bagi sesetengah pelajar UiTM sebab mereka masih perlu menghadapi peperiksaan akhir. Ini menjadi suatu kelebihan buat graduan UiTM kerana semenjak di universiti lagi mereka telah diajar erti perngorbanan hahaha!
6. Salam Yang Paling di Takuti Pelajar UiTM bukan Salam daripada ISIS tapi SIM@SALAM.UiTM
SIMS@SALAM.UiTM ni bukan sembarangan salam. Salam inilah yang sering membuatkan pelajar-pelajar UiTM tak tidur malam, mandi tak basah, dan makan tak lalu. Tapi kalau yakin dan bersedia sudah tentu tak ada apa-apa yang nak ditakutkan. Hehe
7. Kebanyakan kampus UiTM mempunyai tangga yang lebih dikenali sebagai ‘Tangga Kejayaan’
Tak kiralah tangga ke kolej kediaman, fakulti, fakulti, ataupun ke unit HEA dan HEP, kampus-kampus UiTM seluruh Malaysia memang banyak tangga-tangga yang tinggi. Pelajar-pelajar UiTM mengelar tangga ini sebagai tangga kejayaan. Kalau tertinggal kad metrik alamatnya esok je la ambil.
8. Selalu lupa nama penuh pensyarah ketika masuk dewan peperiksaan
Ini perkara biasa yang terjadi pada pelajar-pelajar UiTM dimana mereka terlupa nama pensyarah ketika ingin mengisi maklumat di kertas jawapan peperiksaan. Mana tak lupa kalau dah semalaman tak tidur menghempas-pulas mengulang kaji.
9. Kemahiran Insaniah
Kemahiran Insaniah atau KI ialah aktiviti yang wajib dihadiri pelajar-pelajar UiTM bagi membina dan membentuk kemahiran insaniah dan sahsiah pelajar. Impian untuk bersuka-ria ataupun balik kampung selalu musnah apabila fakulti mengumumkan ada KI untuk minggu tersebut. Jangan ingat boleh lepaskan diri daripada KI kerana kalau pelajar tak pergi pada minggu yang ditetapkan, pelajar terpaksa ulangi semula pada semester seterusnya.
10. Berebut mendaftar kelas di awal semester
Apabila sistem dibuka saja, semua pelajar akan berebut-rebut daftar subjek terutama sekali subjek Bahasa Ketiga atau Third Language sebab takut akan dimasukkan ke kelas lain jika kuota sudah penuh. Jadi bila ramai pelajar yang cuba mendaftar, sistem pun down, tahu-tahu saja anda dah tak boleh mendaftar sebab class semua dah penuh.
11. No SuFo No Result
Pelajar-pelajar yang tidak menjawab SuFO atau Student’s Feedback Online tidak akan dapat mengetahui keputusan semester anda selagi SuFO tidak jawab. Pelajar-pelajar akan menyedari bahawa mereka belum memjawab SuFO pada hari keputusan diumumkan kerana keputusan itu tidak boleh diekses.
12. Tayar dikunci Polis Bantuan, Saman traffic dan Parking
Disebabkan UiTM tidak menyediakan tempat letak kereta untuk para pelajar dan para pelajar UiTM pula rata-rata sudah semakin kaya sehinggakan mereka mampu memiliki kereta walaupun berstatus pelajar, terjadi la fenomena seperta kereta di-clamp/kunci , saman parking dan sebagai di kawasan fakulti-fakulti UiTM.
13. Hantar salinan Muet berulang kali
Walaupun perkara ini jarang berlaku dikalangan pelajar,mereka diminta untuk menghantar salinan keputusan MUET ke ofis fakulti masing-masing, tetapi yang apa yang mengganggu emosi adalah maklumat tersebut tak pernah pun update dalam sistem. Jadi terpaksalah berkali-kali menghantarnya.
14. PTAR ‘blackout‘ semasa minggu ‘Study Week‘
Punca kejadian masih belum dikenal pasti tapi pada minggu ‘study week’ perpustakaan ini selalu mengalami litar pintas. Mungkin disebabkan kuantiti pelajar yang ada pada waktu menyebabkan perkara ini berlaku.
15. Tidak pernah mengenali siapa Penasihat Akademik masing-masing
Sejak awal masuk UiTM, pelajar UiTM akan mendapat seorang Penasihat Akademik untuk setiap pelajar bagi tujuan membantu pelajar yang menghadapi masalah berkaitan pembelajaran. Namun hakikatnya tak ramai pelajar yang jumpa atau menggunakan khidmat Penasihat Akademik mereka.
16. Konvokesyen lambat berbanding universiti lain.
Selain daripada cuti semester yang lambat, konvokesyen juga turut lambat
17. Bas percuma untuk pelajar
Bas percuma disediakan untuk pelajar ke kelas. Ramai menggunakan perkhidmatan ini jadi kadang-kala agak sempit.
18. Kesatria Negara
Kesatria Negara adalah unit uniform yang wajib disertai oleh para pelajar semester pertama. Perjumpaan akan dibuat pada setiap hujung minggu. Para pembenci aktiviti kawad kaki pasti merasakan satu semester adalah derita buat mereka.
19. PERKAD
Setelah menyertai Kesatria Negara, pelajar UiTM pula akan menyertai PERKAD iaitu pertandingan kawad kaki antara company fakulti masing-masing. Waktu ni mesti ramai melarikan diri sebab takut kulit terbako!
20. Video Third Language
Pelajar UiTM perlu menghasilkan satu video pendek sebagai tugasan berkumpulan untuk subjek ini. Jadi, bila dah sampai saja hujung semester anda akan nampak ramai pelajar UiTM sedang memegang DSLR paling tidak pun smartphone untuk menghasilkan ‘filem’ terbaik mereka.
Bukit Tonggek.
Bukit ini ada di UiTM Shah Alam. Berhati jika ingin melalui bukit ini kerana banyak motosikal, kereta, dan bas yang tidak berjaya untuk melepasi bukit ini.
22. #UiTMDihatiku
Inilah lagu yang tak pernah gagal membuat mata pelajar UiTM dimasuki habuk-habuk tiap kali berada di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) ketika majlis konvokesyen. Cara menyanyikannya cukup mudah. Angkat tangan kanan dan sematkan di dada serta menyanyilah dengan penuh penghayatan. #UiTMDihatiku
One Response
good effort..