Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

UiTM dan Heriot-Watt University Tandatangani MoU Kerjasama Perbankan Islam

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Seri Dr. Hassan Said (dua dari kiri) menyerahkan Memorandum Persefahaman kepada rakan sejawatannya dari Heriot-Watt University United Kingdom, Prof. Richard William pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara kedua universiti di Bangunan Canseleri

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus mengorak langkah meletakkan namanya dalam peta pendidikan dunia apabila terbaharu menjalin kerjasama dengan Heriot-Watt University (HWU) dari United Kingdom dalam aspek perbankan Islam.

Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Hassan Said berkata, menerusi kerjasama tersebut, kedua-dua universiti akan membuat penyelidikan bersama dalam aspek perbankan Islam selain menjayakan proses pensyarah dan pelajar.

“Selain perbankan Islam, kita juga bekerjasama di dalam bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Antarabangsa dengan HWU United Kingdom, HWU Dubai dan juga HWU Malaysia.

“Kita berharap kerjasama ini akan lebih melonjak nama UiTM di persada antarabangsa khususnya di United Kingdom,” katanya ketika berucap sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM dengan HWU United Kingdom..

Yang turut hadir Naib Canselor HWU, Prof. Richard William serta Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UiTM, Prof. Dr. Mohamad Kamal Harun.

Hassan dalam pada itu berkata, pihaknya memilih bekerjasama dengan HWU atas dasar universiti tersebut mempunyai kampus di tiga buah negara serta terletak di lokasi yang strategik.

“HWU juga adalah sebuah universiti yang diiktiraf Sunday Times Good University Guide 2018 dan berada di tangga 41 universiti terbaik dunia, seharusnya peluang ini tidak wajar kita lepaskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad