Apa itu TOEFL, IELTS, SAT GRE, GMAT

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Apa itu TOEFL, IELTS, SAT GRE, GMAT

Sekiranya anda memohon ijazah peringkat siswazah, terutamanya program sarjana di luar negara, anda mungkin dikehendaki untuk mengemukakan markah dari satu atau lebih ujian kemasukan siswazah standard. Ini adalah ujian antarabangsa yang bertujuan untuk memastikan pemohon bersedia untuk melakukan kajian lanjut, di negara mereka atau di luar negara.

1. TOEFL (TEST OF ENGLISH AS FOREIGN LaNGUAGE)

TOEFL adalah test Bahasa Inggeris yang ditujukan untuk; mengukur kemampuan berbahasa Inggeris seseorang untuk belajar & bekerja di luar negeri; menunjukkan tahap akademik seseorang; juga dirancang untuk menjadi standard yang obtektif dan tidak memihak sehingga siswa dapat memberi rasional dalam kemahiran bahasa itu.

TOEFL dibagi ke dalam tiga jenis :
1. pBt (Paper Base)
2. cBt (Computer Base)
3. iBt (Internet Base )

TOEFL berasaskan internet (iBT) terdiri dari 4 bahagian iaitu:
1. Listening
2. Reading
3. Speaking
4. Writing

Empat ujian tersebut akan diujikan pada hari yang sama. Tempoh masa ujian adalah lebih kurang 4 jam.
Ciri-ciri ujian itu adalah lebih daripada penguasaan bahasa itu yang mana caon perlu:

• membaca sebuah artikel
• mendengar percakapan tentang topik artikel yang kita baca.
• berbicara atau menulis tanggapan terhadap apa yang kita baca dan dengar

Tujuannya supaya kita mahir mendengar dan menyampaikan pendapat selepas kuliah

2. IELTS (International English Language Testing System)

Test IELTS banyak di Malaysia. Lihat di sini http://www.malaysia.idp.com/ielts.aspx. Kita dapat memilih dua jenis test IELTS: Academic atau General Training, bergantung tujuan kita adakah untuk belajar, bekerja atau bermigrasi.

Test yang akan dilakukan terbahagi kepada empat bahagian :

  • Listening
  • Reading
  • Writing
  • Speaking

Keputusan IELTS dinilai pada skala paling tinggi- skala 9. Kita boleh mengambil ujian banyak kali. Tengok poket la kalau nak dapat band 9. hehe…IELTS dikendalikan oleh tiga badan antarabangsa terkemuka iaitu British Council, IDP: IELTS Australia and the University of Cambridge ESOL Examinations (Cambridge ESOL).

Ujian Listening dan Speaking (IELTS) untuk Academic atau pun General Training adalah sama namun untuk Reading dan Writing berbeza.

Ujian Listening, Reading dan Writing harus diselesaikan dalam satu hari. Untuk test Speaking bergantung tempat yang kita dapat, biasanya seminggu sebelum atau selepas 3 ujian di atas telah kita buat. Schedule IELTS macam ini:

1 Listening: 4 sections, 40 items – 30 min
2 Reading: 3 sections, 40 items – 60 minutes
3 Writing: 2 tasks (150-250 words) – 60 minutes
4 Speaking: 11-14 minutes

3. TOEIC (TEST OF ENGLISH FOR INTERNATIONAL COMMUNICATION)

TOEIC yang diperkenalkan sejak pada tahun 1979, ditujukan untuk mengukur kemahiran seseorang dalam bahasa Inggeris pada level intermediate (menengah) dan advance (lanjutan). Ada lebih dari 4,5 juta pengambil test ini setiap tahun. TOEIC adalah sebuah standard yang mengukur kemampuan bahasa Inggeris di tempat kerja di seluruh dunia. Test TOEIC adalah penghargaan yang sangat berharga bagi pekerja profesional.

Tujuan dari TOEIC lebih macam-macam dari test-test lainnya. Umumnya TOEIC digunakan untuk 3 kegunaan iaitu :

Corporate – Menggunakan tes TOEIC untuk kemajuan dalam perbincangan dan tujuan perniagaan, juga dalam program kemahiran bahasa Inggeris, merekrut dan mempromosikan karyawan, serta menempatkan pengukuran standard di tempat di lokasi kerja.

4. SAT (Scholastic Aptitude Test)

SAT adalah test yang akan mengukur sudah sejauh mana anda menguasai subjek yang dipelajari di sekolah dan seberapa baik pula anda dapat menerapkan pengetahuan itu. SAT ini menilai pengetahuan anda tentang membaca secara kritis, menulis dan matematik yang sudah anda pelajari. Waktu ujian SAT ini adalah 3 jam dan 45 minit.

Test SAT terdiri dari tiga bahagian: critical reading, mathematics, dan writing. Setiap bahagian dinilai pada skala 200 – 800.

5. GRE (Graduate Record Examinations)

Test GRE diperlukan oleh individu yang akan melanjutkan pengajian pasca siswazah S1 & S2 (Sarjana & Master) dalam pelbagai bidang. Test ini dirancang untuk membantu akreditasi calon pelajar yang berkelayakan dan para sponsor boleh menilai keupayaan pemohon untuk tujuan program mereka.

  • Bentuk Test GRE
    GRE General Test
    Test ini untuk mengukur kemampuan untuk jangka waktu yang panjang dan biasanya tidak lah berkait dengan bidang studi tertentu. Test ini terdiri daripada:
  • Verbal Reasoning –
    mengukur kemampuan untuk menganalisis bahan penulisan; membaca informasi yang diperoleh dari bahan itu; menganalisa hubungan antara teori-teori atau tajuk utama, dan mengenali hubungan antara kata dan konsep.
  • Quantitative Reasoning –
    mengukur kemampuan matematik dasar; pemahaman tentang konsep-konsep matematik dasar, kemampuan alasan kuantitatif dan memecahkan masalah dalam pengaturan kuantitatif. Ada keseimbangan antara pertanyaan yang memerlukan add maths, geometri dan analisis data.
  • Analytical writing sections –
    mengukur kemampuan untuk mengartikulasikan dan mendukung idea-idea yang kompleks, menganalisis argument, mempertahankan sebuah diskusi menjadi lebih fokus dan koheren. Test ini tidak menilai pengetahuan spesifik, dan tidak ada cara cepat terbaik untuk menjawabnya.

6. GMAT (Graduate Management Admission Test)

GMAT adalah standard test international yang dipakai oleh banyak universiti antarabangsa dalam menentukan “APTITUDE” mahasiswa yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat (MBA). Test ini dirancang untuk membantu program management menilai kelayakan pemohon dalam bidang business and management.

  • The Graduate Management Test
    mengevaluasi kemampuan menulis verbal, kuantitatif, dan analitis bahwa Anda telah berkembang dari waktu ke waktu melalui pendidikan dan bekerja.

The Verbal Section
mengukur kemampuan Anda untuk membaca dan memahami material penulisan, dengan akal dan menganalisa argument, memperbaiki bahan penulisan untuk menyesuaikannya ke dalam standard Bahasa Inggeris yang baku.

Sumber – ursaillaes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE