Bidang hartanah memang menawarkan ganjaran yang lumayan kepada mereka yang berani menceburinya. Tetapi perlu diingatkan disini bahawa bidang ini bukanlah semudah yang disangka kerana banyak aspek yang perlu dikuasai untuk menjadi seorang agen hartanah yang berjaya. Namun anda jangan risau, kegigihan dan semangat untuk berjaya sudah pasti akan membuahkan hasil dikemudian hari.
Kepada buat para pelajar lepasan SPM atau sesiapa sahaja yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus hartanah.
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar bagi program Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) di INSPEN pengambilan 2017/2018 kini sedang dibuka.
Kenapa pilih INSPEN?
- Syarat kelayakan yang minima (3 kredit sahaja)
- Yuran serendah RM365/semester
- Kemudahan tempat tinggal disediakan percuma sepanjang tempoh pengajian
- Elaun harian RM17/hari termasuk hujung minggu
- Graduan boleh bekerja di sektor swasta dan kerajaan
- Graduan berpeluang menyambung pengajian peringkat ijazah di Australia dengan potongan kredit
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kursus yang ditawarkan INSPEN, anda boleh hubungi Pusat Akademik di talian 03 8911 8800 atau emel di akademik1@inspen.gov.my atau klik link untuk mendaftar
Sumber – Facebook The Vocket