Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Bajet 2018: Ringkasan Buat Warga pendidikan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2017.

Pembentangan bajet ini sememangnya amat dinantikan oleh rakyat Malaysia kerana ingin mengetahui faedah-faedah apakah yang bakal dinikmati oleh rakyat. Ternyata, berdasarkan intipati Bajet 2018, kami senaraikan antara faedah dan kemudahan yang bakal dinikmati oleh warga Pendidikan.

RM400j untuk geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA, termasuk peruntukan khas kepada Universiti Malaya (UM) untuk mencapai status Top100 Universiti in the World.

RM90j diperuntukkan bagi Program MyBrain untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran.

Setiap penuntut di IPT dan tingkatan enam akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, manfaatkan seramai 1.2j pelajar.

SL1M telah melatih lebih 138k graduan, akan diteruskan dengan peningkatan sebanyak 5k graduan kepada 25k perantis pada tahun hadapan.

Bagi memperluaskan SL1M, syarikat swasta yang mendapat kontrak Kerajaan diwajibkan memperuntukkan satu peratus daripada nilai projek kepada SL1M

RM20j kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier.

Mengungguli Pembangunan Pendidikan, Latihan, Kemahiran dan Bakat. RM61.6b disediakan untuk sektor ini.

Bajet ini sentiasa beri keutamaan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, RM550 juta diperuntukkan.

Hampir 2k sekolah dalam keadaan daif seperti bumbung bocor, lantai rosak, dinding berlubang & peralatan yang sudah lama tidak berganti, Untuk itu, melalui kaedah Industrial Building System,

Kerajaan mengumumkan peruntukan terbesar sejumlah RM2.5b bagi tempoh 2 tahun.

RM2.9b pula diperuntukkan untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

Bantuan Persekolahan RM100 seorang kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dgn peruntukan RM328j, manfaatkan 3.2j murid.

Kepada semua peminjam PTPTN, Kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.

Bagi pelajar dari keluarga B40 yang mengikuti kursus berbolehpasaran tinggi, RM200j ditambah untuk menaikkan jumlah pinjaman maksimum PTPTN.

Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding 6 bulan masa ini.

Peminjam PTPTN yang ingin sambung pengajian ke peringkat seterusnya boleh menggabungkan pinjaman, buat bayaran balik selepas tamat pengajian

Bagi menggalakkan lepasan TVET melanjutkan pengajian, Kerajaan menyediakan 100 Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET dgn peruntukan RM4.5j.

RM2.4b diperuntukkan kpd UiTM. Kerajaan tambah bil kemasukan pelajar di UiTM kepada lebih 165k orang dengan sasaran 250k pelajar menjelang 2020.

UiTM sebagai institusi Bumiputera, telah berjaya melahirkan lebih 700 ribu graduan Melayu dan Bumiputera.

RM2.5b yakni tertinggi pernah diberi untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA, memanfaatkan hampir 90 ribu pelajar.

Melalui MIB, pengambilan pelajar kaum India ke IPTA dan perkhidmatan awam akan Kerajaan tingkatkan kepada sasaran 7%.

Bagi meningkatkan taraf hidup & pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli, RM50j disediakan meliputi bantuan makanan komuniti, manfaatkan 5k pelajar.

RM60 juta untuk program 1AZAM, termasuk RM10 juta utk Sabah & RM10 juta untuk Sarawak.

Layanan GST berkadar sifar atas bahan bacaan, diseragam & diperluas meliputi semua majalah, komik, journal & terbitan berkala mulai 1 Januari.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad