Biasiswa ASEAN ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan peluang kepada golongan belia membangunkan potensi dalam diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang penting seiring dengan abad ke 21.
Biasiswa ini ditawarkan oleh kerajaan Singapura dibawah Kementerian Pengajian Singapura. Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar dari negara Brunei, Malaysia dan Vietnam.
Tarikh Tutup
31 Mac 2017
Kriteria
Biasiswa ASEAN : Biasiswa pra-universiti
Pelajar yang memenuhi kelayakan dipelawa untuk memohon biasiswa ini.
- Warganegara Malaysia
- Lahir pada tahun 1999-2001
- Pemohon merupakan pelajar tingkatan 5 atau mengambil SPM pada tahun 2016 atau peperiksaan GCE O-Level.
- Mempunyai rekod akademik yang cemerlang dan konsisten
- Mahir bertutur dalam bahasa Inggeris dan mempunyai rekod prestasi yang baik dalam aktiviti kokurikulum.
Biasiswa ASEAN : Biasiswa Tingkatan 3 (Secondary Three)
- Pelajar yang memenuhi kelayakan seperti berikut boleh memohon :
- Warganegara Malaysia
- Lahir antara 2001-2003
- Sekarang belajar di tingkatan 2 atau Tingkatan 3
- Mempunyai rekod akademik yang cemerlang
- Mahir dalam bahasa English dan mempunyai rekod kokurikulum yang cemerlang
Biasiswa ASEAN : Biasiswa Pelajar Tingkatan 1 (secondary one)
- Warganegara Malaysia
- Lahir antara tahun 2003 – 2005
- Sedang menuntut di darjah 6 atau tingkatan 1
- Mempunyai rekod akademik yang cemerlang
- Mahir dalam bahasa English dan mempunyai rekod kokurikulum yang cemerlang
Amaun
- Elaun tahunan sebanyak $2,400 berserta asrama penginapan
- Elaun keperluan asas sebanyak $500 (sekali sahaja)
- Tiket kapal terbang kelas ekonomi (untuk pelajar dari negeri sebelah timur) atau $50 (untuk pelajar yang tinggal di negeri sebelah barat)
- Yuran pengajian
- Yuran peperiksaan GCE O-Level dan A-level (sekali sahaja)
- Faedah kesihatan dan insurans kemalangan
Jurusan
A- Levels
Cara Memohon
Kepada pelajar yang berminat untuk memohon boleh klik pada pautan di bawah :