Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Yang Dipertuan Agong Gesa Warga UiTM Bersatu

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menggesa kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersatu dalam menjalankan amanah Universiti dan peranan dalam mendidik Bumiputera.

Dalam ucapan Baginda bertitah bahawa sokongan dan kerjasama kakitangan akan memastikan kesinambungan universiti dalam menjana modal insan dan pemimpin masa depan yang bertamadun bagi menjamin kemakmuran negara.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kanan) berkenan menerima watikah pemasyhuran sebagai Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelima daripada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-86 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM. Istiadat konvokesyen UiTM ke-86 menyaksikan seramai 28, 618 jumlah keseluruhan graduan akan menerima sijil penganugerahan ijazah dan diploma di kampus UiTM di seluruh negara.- Via BERNAMA

“UiTM perlu menggunakan sepenuhnya sumber-sumber, kepakaran dan pengalaman yang sedia ada dalam pelbagai bidang dan displin untuk mengoptimumkan keupayaan diri demi kepentingan negara pada masa hadapan” titah baginda ketika merasmikan sesi pertama Konvokesyen UiTM ke-86 pada hari Sabtu lalu yang menyaksikan 500 graduan menerima Anugerah Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana Muda.

Sultan Muhammad V sebelum ini dimasyhurkan sebagai Canselor ke-5 UiTM.

BACA : Sultan Muhammad V Dimasyhur Sebagai Canselor UiTM Ke-5

Pada majlis yang sama, Sultan Muhammad V turut berkenan menganugerahkan Surat Perlantikan Jawatan Pro-Canselor UiTM yang baru kepada bekas Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Tan Sri Zarinah Anwar.

Baginda mengucapkan tahniah kepada 28,618 graduan yang telah dan akan menerima PhD, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma.

Beliau juga mengingatkan graduan untuk menjadi individu bersyukur dan sentiasa ingat akan jasa ibu bapa, universiti dan pemimpin negara.

“Beta berharap graduan, sebagai intelektual mampu untuk memainkan peranan positif ke arah menjadikan masyarakat yang  progresif dari segi pemikiran, dalam setiap tindak-tanduk dan pencapaian dan terus mengamalkan nilai-nilai murni,” titah baginda.

Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Hassan Said, dalam ucapannya, mengingatkan alumni UiTM untuk kembali dan menyumbang ke arah kesinambungan Universiti

Sebanyak 11,431 graduan akan menerima ijazah masing-masing di kampus induk UiTM Shah Alam dalam tempoh 6 hari konvokesyen bermula Sabtu lalu

Konvokesyen UiTM Pahang akan diadakan pada April 17-18 melibatkan 1,078 graduan,UiTM Terengganu  pada 18-19 April (1,168 graduan),UiTM Melaka pada 25-27 April (3108),UiTM Kelantan pada April 26-27 (1291) manakala UiTM Sabah pada 3 Mei (795).

Seramai 1,545 graduan di UiTM Sarawak akan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Mei 3-4, UiTM Pulau Pinang (1,323 graduan) dan UiTM Perak (2155) pada Mei 8-9, di UiTM Perlis (1301) pada Mei 15-16, di UiTM Johor (2022) di 15-17 Mei dan UiTM Kedah (1405) pada Mei 16-17.

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad