Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Sultan Muhammad V Dimasyhur Sebagai Canselor UiTM Ke-5

SHAH ALAM, 16 April  — Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-5 semalam.

Istiadat pemasyhuran berlangsung pada Istiadat Konvokesyen ke-86 universiti itu di kampus induk UiTM di sini.

Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada baginda oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Pemasyhuran baginda sebagai Canselor UiTM adalah berdasarkan Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi Mara 1976 (Akta 173) yang memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam titah ucapan baginda, Sultan Muhammad V menzahirkan kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk menabur bakti kepada sebuah institusi pendidikan tinggi yang mempunyai sejarah perjuangan cukup panjang.

Baginda turut berbangga dengan peranan besar yang dimainkan UiTM dalam melahirkan modal insan Bumiputera yang berkualiti, cemerlang dan terbilang.

“Beta sentiasa percaya jika sesuatu bangsa itu ingin mengubah atau berhadapan dengan cabaran dan mahu pula mengatasi cabaran tersebut dengan jayanya, maka aset yang paling penting adalah sumber manusia yang berilmu pengetahuan.

“Beta yakin UiTM adalah peneraju utama kepada sumber modal insan Bumiputera yang menjadi momentum kepada perubahan taraf sosial dan ekonomi di Malaysia,” titah baginda.

Sultan Muhammad V juga menzahirkan rasa amat gembira kerana dapat bersama warga UiTM ketika universiti sedang melangkah ke arah merealisasikan hasrat untuk menjadi sebuah universiti unggul, bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Baginda bagaimanapun mengingatkan UiTM supaya berusaha untuk kekal menjadi sebuah institusi utama dalam menjaga kepentingan golongan Bumiputera.

Sultan Muhammad V menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis lepas. – Bernama

Register.
Enjoy 10% Discount.

1 thought on “Sultan Muhammad V Dimasyhur Sebagai Canselor UiTM Ke-5”

  1. Pingback: Yang Dipertuan Agong Mahu Warga UiTM Bersatu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad