Pengalaman Di Sebalik Memegang Gelaran PhD ini Pasti Menginsafkan Anda

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Nota Editor: Artikel ini telah dikongsikan oleh Dr. Fauziah Mohd Noor mengenai kisah di sebalik gelaran PhD. Semoga segala perkongsian artikel ini dapat memberi pengajaran kepada sesiapa yang membacanya.

Untuk semua rakan-rakan dan juga mereka yang sudi membaca di ruangan ini. Saya sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup jika ada yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan, pengajaran dan cabaran. Pelajar-pelajar saya sering berkata kepada saya,”Dr, bestnya ada PhD dan sudah tentu boleh jadi pensyarah lepas tu tentu gaji pensyarah besarkan?” Itulah yang sering diucapkan kepada saya dan akhirnya pada suatu hari, saya bertanya di dalam kelas, “Boleh tak saya nak ambil masa kamu . Saya nak cerita sikit?” Semua pelajar saya menjawab serentak “Boleh!” Hari ini saya nak ceritakan pengalaman saya buat PhD. Sambung pelajaran untuk dapatkan PhD dan mereka meletakkan pen dan pensil untuk mendengar cerita saya.

Gambar sekadar hiasan – ipsis.uitm.edu.my

Saya buat PhD atas dua sebab. Pertamanya, memang itu cita-cita saya. Keduanya, kerana polisi universiti yang mewajibkan setiap pensyarah mesti memiliki ijazah PhD. Ada orang kata PhD itu Penyakit Hasad Dengki tapi bagi kami, PhD adalah ‘permanent head damage’. Dan pelajar- pelajar saya tergelak besar bila mendengar istilah tersebut. Damage bukan bermakna rosak tetapi hendak menunjukkan betapa peritnya liku-liku hidup yang terpaksa dilalui untuk mendapatkan sekeping ijazah bernama PhD. Dan pada tahun 1997 saya dan suami serta dua orang anak ke Birmingham, UK untuk melanjutkan pelajaran. Suami saya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun. Dia hendak menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan saya peringkat PhD. Bermakna anak-anak saya akan hidup dengan dua orang pelajar yang akan sentiasa sibuk dengan buku-buku dan tugasan yang perlu disiapkan.

Pada hujung 1997, anak-anak saya mendapat tahu mereka akan mendapat seorang adik yang akan dilahirkan pada pertengahan 1998. Bertambah lagi satu cabaran. Selama 10 bulan, saya berulang-alik ke universiti di mana saya perlu ambil dua bas atau satu bas dan keretapi untuk sampai ke universiti. Saya tanyakan pada pelajar -pelajar saya, “Boleh tak awak semua bayangkan bagaimana seorang ibu yang sarat mengandung menjadi pelajar? Kalau dibandingkan dengan kamu semua yang masih solo, tinggal dalam kampus, ada bas disediakan tapi ada di antara kamu yang masih lewat datang ke kelas?” Pelajar- pelajar tersebut mereka semuaunya terdiam, tidak ada lagi bunyi ketawa.Mereka faham, saya sedang ‘menyindir’ sambil bercerita.

Pada Julai 1998, saya selamat melahirkan anak ke 3, seorang lagi anak lelaki dan bulan itu juga suami saya menerima ijazah sarjananya. Dia telah selamat tamatkan sebuah episod tapi perjuangan saya belum selesai. Supervisor meminta saya berusaha lebih gigih supaya lebih cepat siap dan dapat phd. Waktu malam suami saya bekerja part-time di kilang Cadbury. Agaknya kurang selesa hanya tolong menjaga anak2 semasa saya ke universiti atau tidak selesa tidak ada pendapatan sendiri. Ada masanya saya membaca buku atau menaip tugasan sambil meriba anak saya yang masih bayi dan suami saya pula melayan dua orang anak saya yang waktu itu berumur 7 tahun dan 4 tahun. Saya tanyakan kepada pelajar2 saya..”Susah sangatkah kamu belajar dalam keadaan kamu yang masih bujang? Kenapa masih ada yang tidak siapkan tugasan yang diberikan pensyarah?”

Pada Disember 1998 saya telah tempah tiket untuk kami sekeluarga pulang ke Malaysia pada bulan April. Tujuan utama untuk mencari data untuk kajian PhD saya. Saya telah mula membeli hadiah untuk adik-adik saya dan saudara mara di kampung. Begitu juga dengan suami yang mencari hadiah untuk adik beradik dan keluarganya. Bulan Januari 1999 saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada adik saya. Memberitahu adik lelaki bongsu saya berumur 15 tahun meninggal dunia dalam kemalangan motorsikal dan van kilang tak jauh dari kawasan kampung. Allah saja yang tahu, betapa rindunya saya pada adik kesayangan saya. Adik yang saya jaga seperti seorang ibu menjaga anaknya dan terngiang-tergiang di telinga saya, adik saya berkata, “Ami dah kurus sekarang. Kalau kak long balik nanti mesti terkejut tengok Ami! “Dia membahasakan diri dia “kami” sejak kecil, tapi cuma sebut “ami”. Ikutkan hati saya ingin terbang pulang hari tu juga untuk menatap wajah adik saya buat kali terakhir tapi saya tidak mampu, apatah lagi tiket bulan April dah dibayar sepenuhnya.

Seharian saya cuma menelefon, bertanya apa yang berlaku. Adik saya cuma memberitahu, “Jenazah sudah dimandikan dan dikafankan dan dah dikebumikan.” 3 hari dan 3 malam saya menitiskan airmata. Saya tidak menelefon ibubapa kerana tidak mahu mendengar mereka menangis. Saya hanya bercakap dengan adik-beradik di kampong. Hanya suami saya menelefon ayah saya dan mengucapkan takziah dan minta bersabar tapi pada hari adik saya meninggal dunia, saya tetap pergi ke kelas macam biasa. Kawan-kawan hanya bertanya, “Kenapa tidak rehat saja di rumah?” Saya memberitahu mereka, “Kalau saya menangis sampai keluar airmata darah pun adik saya tak akan hidup semula.” Lebih baik saya pergi ke kelas dan teruskan hidup macam biasa tapi sepanjang jalan ke universiti airmata saya keluar. Saya bertanya kepada pelajar saya, “Kenapa ada di antara kamu yang selalu ponteng kelas hanya kerana masalah kecil? Kerana bergaduh dengan boyfriend hanya kerana putus cinta dengan girlfriend?


Selepas tiga hari saya berhenti menangis. Dah kering airmata dan daripada Januari 1999 hingga tahun 2002 saya tidak boleh menangis. Sesedih mana pun, saya tak boleh menangis. Saat itu baru saya tahu betapa menangis itu satu nikmat pemberian Allah kepada hamba-hambaNya. Terlalu sakit rasanya bila kita tidak dapat menangis. Waktu menziarah kubur adik saya, saya tidak menangis walhal saya amat rindukan dia. Ada satu perkara yang perlu saya ceritakan semasa di UK. Setiap kali selepas saya solat, saya akan berdoa,”Ya Allah panjangkanlah umur datukku!” (Saya dibesarkan oleh nenek dan datuk).”Berilah saya peluang untuk berjumpa datuk, ayah dan ibu!” Itulah doa saya setiap hari. Saya terlalu bimbang tidak dapat bertemu dengan datuk atau ayah dan ibu. Sebab kita selalu berfikir yang tua akan pergi dulu. Bila adik meninggal, saya tersentak. Saya tidak pernah berdoa untuk adik2 saya kerana selalu berfikir yang muda akan hidup lebih lama daripada orang yang tua.


Allah mengajar saya apa yang saya dapat dan apa yang saya minta dapat bertemu dengan datuk, ayah dan ibu. Tetapi Allah memberi peringatan kepada saya . Jangan lupa orang muda juga boleh diambil nyawanya pada bila-bila masa sahaja. Perasaan bersalah sebab tidak mendoakan adik-beradik saya dan buatkan saya rasa terduduk, menyesal dan macam-macam bermain dalam fikiran saya. Bila difikirkan, apakah hak saya untuk meminta Allah panjangkan umur hamba-hambanyanya sebab Allah dah berkata di dalam al-Quran ” Bila datang ajal anak Adam, tidak akan lewat atau cepat sesaat pun.”

Sejak hari itu saya cuma berdoa, berikanlah kepada kami semua kebaikan di dunia dan akhirat.” Lambat atau cepat pulangnya seorang hamba adalah hak Allah untuk menentukan. Saya insaf. Saya tidak perlu ‘mengajar’ Allah apa yang patut dilakukannya. Sejak itu juga setiap kali pelajar-pelajar saya kata, “Dr., tolong doakan saya dapat kerja di Perak, tolong doakan saya dapat kerja ini dan itu.” Saya memberitahu mereka, “Maaf, saya cuma akan doakan untuk kamu, berikanlah yang terbaik untuk pelajar-pelajar saya.” Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita tidak perlu mengajar Allah. Tidak perlu memerintah Allah buat itu dan ini. Kadang-kadang apa yang kita rasa baik untuk kita tidak semestinya baik. Jadi, terimalah ketentuan Allah dengan hati yang redha.

Akhir kata kita jikalau anda hendak berjaya dalam dalam kehidupan dan juga di akhirat anda semua perlu berubah dari sekarang, sebab nyawa kita ini pada bila-bila masa sahaja ianya akan di ambil oleh malaikat maut datang menjemput kita. Sehubungan itu, janganlah kita sesakali lupa dan lalai pada Maha Pencipta.

 

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE