Kami ingin buktikan anak muda dari UiTM mampu bersaing di peringkat antarabangsa!

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Shell Eco Marathon UiTM

“Kami ingin buktikan anak muda dari UiTM dan juga Malaysia mampu untuk bersaing dan setaraf dengan pemain-pemain dari Eropah. Kita juga ingin membawa nama Malaysia melonjak naik di dalam inovasi selaras kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Transformasi Nasional 2050.”

Itu kata Ketua Projek yang juga Presiden Universiti Teknologi Mara (UiTM) EcoPhoton Solar Racing Team, Ungku Muhammad Zulhilmi Ungku Zakaria, 24, apabila pasukannya mewakili negara untuk bertanding dalam Bridgestone World Solar Challenge (BWSC) 2017, di Adelaide, Australia pada 8 hingga 15 Oktober 2017 nanti.

Menurutnya, walaupun pembelajaran lebih kepada teori, namun itu bukan penghalang pasukannya menyertai pertandingan dwitahunan yang memerlukan peserta sebanyak 42 kumpulan mewakili lebih 30 negara bertanding kali ini, merentas pedalaman Australia dari Darwin ke Adelaide sejauh 3,000 kilometer selama 50 jam.

Sebelum ini UiTM pernah bertanding pada 2015. Kali ini mereka tampil buat kali kedua dengan sistem lebih lengkap dan sistematik.

“UiTM pernah bertanding dalam pertandingan Shell Eco Marathon yang mana dua dari tim UiTM, Ecoplanet dan Ecosprint merupakan juara bertahan tiga kali berturut-turut dalam teknologi hydrogen fuel cell.

Sumber – Shell.com

“Kali ini kami ingin menguji lagi diri kami ke pertandingan lebih mencabar menggunakan teknologi solar. Tujuan kami menyertai ini, untuk kita sebagai rakyat Malaysia apalagi anak muda ke hadapan dalam teknologi renewable yang mana negara-negara Eropah telah mula,” katanya kepada Kampus.

Menurutnya, penyertaan ini juga disifatkan penting untuk bergerak agresif sebagai mahasiswa dan mengambil inisiatif belajar perkara baharu dalam pembikinan kereta solar dan menerokai teknologi.

Penuntut, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal UiTM Shah Alam ini berkata, apalagi negara memerlukan teknologi sesuai sebagai alternatif bagi teknologi ICE (Internal combustion engine) yang sedia ada sekarang ini.

“Perubahan iklim di dunia semakin teruk disebabkan karbon monoksida dan lain-lain bahan kimia yang keluar dari ICE. Jadi, menggunakan tenaga alternatif seperti ini membantu menjaga perubahan iklim di dunia sekali gus membawa nama Malaysia dalam bidang teknologi.

“Harapan kami pada masa akan datang supaya masyarakat kita membuka mata pentingnya anak muda menyertai pertandingan seperti ini untuk melonjakkan nama negara,” katanya.

Cabaran utama

Group portrait of all students during day one of the Shell Eco-marathon Asia, in Manila, Philippines, Thursday, March 3, 2016. (Jinggo Montenejo/AP Images for Shell)

Tidak semudah dilihat, cabaran utama menyertai pertandingan pada awalnya, UiTM EcoPhoton Solar Racing Team perlu mendalami teknologi sedia ada dan mengaplikasikan kesemuanya di dalam pembikinan kenderaan solar ini yang tidak dipelajari di dalam kuliah.

Mereka perlu mencari sumber-sumber yang sahih untuk mengetahui lebih lanjut teknologi-teknologi sedia ada.

“Pada awalnya kami mendapat pendedahan awal mengenai teknologi komposit dari pensyarah kami iaitu Ir Dr Jamaludin Mahmud, yang juga mengenalkan kami kepada syarikat yang membantu kami dalam bahagian komposit iaitu Zacomposites.

“Kemudian kami perlu belajar lanjut sistem elektrik yang lebih cekap, dan ini dibantu oleh Green Energy Research Center (GERC) di UiTM di bawah Fakulti Kejuruteraan Elektrik diketuai Prof Maliki Omar dan dibantu researcher, Langga Rimon,” katanya.

Shell Eco Marathon 2017 Singapore

Menurutnya, cabaran perlu dihadapi 23 ahli dalam pasukannya itu ialah untuk membahagikan masa sebagai mahasiswa sepenuh masa, kerana masing-masing mempunyai tugasan, peperiksaan dan juga projek akhir tahun perlu disiapkan.

Ungku Muhammad berkata, paling mencabar juga adalah bagi mendapatkan dana mencukupi untuk biaya projek ini yang bukan sahaja dari segi teknikal, malah logistik.

“Projek ini guna lebih kurang RM600,000 kesemuanya. Kini 80 peratus hampir siap, cuma menunggu untuk selesaikan hal logistik.

“Cara kami atasi kesemua cabaran ini, kita bergerak sebagai satu kumpulan, dan setiap kumpulan akan ada Head Of Department sebagai penggerak untuk mendapatkan sumber betul bagi kami meneruskan sebarang keputusan. Tidak lupa bantuan dari pemain industri seperti Proton yang juga membantu dari segi teknikal,” katanya.

Menurutnya, sebanyak RM200,000 lagi diperlukan untuk mencapai misi ini, justeru menggalakkan masyarakat untuk menghulurkan sumbangan ikhlas.

Mengakui hadiah bukanlah tujuan utama, sebaliknya, 23 mahasiswa yang menyertai pertandingan ini amat dahagakan ilmu dan peluang disediakan oleh projek ini yang mana tidak boleh diperoleh di tempat lain.

Ungku Muhammad berkata, sekiranya pasukannya menang, sudah tentu mereka akan mempertahankan kejuaraan, namun menyifatkan tidak akan berasa kalah kerana telah sampai ke tahap ini, yang mana ilmu dan pengalaman diperoleh sekali seumur hidup.

Kesemua penuntut terlibat dibahagikan kepada bahagian elektrik, komposit dan pengendalian serta non technical yang merangkumi pemasaran, logistik dan perhubungan awam. Lima fakulti terlibat, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Kimia, Sains Gunaan (Teknologi Bahan) dan Komunikasi dan Multimedia.

Tanda aras

Pertandingan BWSC ini penting bagi melahirkan mahasiswa berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Penasihat Program yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Shah Alam, Dr Azli Abd Razak berkata, dengan menyertainya UiTM secara khususnya dan Malaysia amnya dapat melahirkan jurutera-jurutera yang mempunyai kemahiran holistik iaitu akademik dan kokurikulum seimbang.

“Menyertai pertandingan ini juga dapat meletakkan UiTM dan Malaysia di peta dunia dalam industri solar. Secara tidak langsung mereka memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman bernilai iaitu dari segi kerja berpasukan, pengurusan masa, kewangan, dan kemahiran berkomunikasi yang mana ia tidak akan diperoleh di dalam bilik kuliah.

“Di pihak UiTM dan negara amnya, pertandingan ini akan melahirkan mahasiswa berdaya saing di peringkat global. Selain itu kita mampu meletakkan UiTM dan Malaysia setaraf negara maju lain yang menyertai pertandingan ini seperti Jepun, Britain, Singapura dan Belanda,” katanya.

Beliau turut bersetuju, menyertai pertandingan seperti ini ia boleh dijadikan tanda aras, negara kita mampu menghasilkan kenderaan tenaga solar.

Menurutnya, pertandingan ini juga memberi nilai tinggi dalam pembangunan penyelidikan kenderaan berkuasa solar yang dipelopori oleh pensyarah dan juga penuntut sarjana di universiti-universiti tempatan.

“Pengumuman oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) pada Mac 2017 yang menyatakan negara kita merupakan pengeksport utama industri solar di mana pelaburan dari pihak luar melebihi 2.42 bilion dalam penghasilan panel solar pada tahun ini.

“Ini membuktikan pertandingan ini mampu merealisasikan hasrat untuk melihat anak-anak tempatan membuat kenderaan berkuasa solar,” katanya.

Ditanya tahap negara terhadap pembuatan kereta solar pada masa ini, menurutnya, Malaysia masih di peringkat penyelidikan dan pembangunan dalam penghasilan kenderaan bertenaga solar di jalan raya. Namun begitu kenderaan berkuasa solar ini telah pun digunakan secara meluas di serata dunia sebagai kenderaan golf cart ataupun buggy.

Bagaimanapun katanya, bagi melahirkan sebuah bandar bebas karbon atau lebih dikenali dengan bandar hijau, penggunaan kereta solar ini menjadi satu keperluan untuk rakyat Malaysia menjelang 2050.

“Saya amat berbangga dan gembira dengan pencapaian ini. Untuk melayakkan sesuatu pasukan menyertai pertandingan akhir ini, pasukan perlu menyerahkan beberapa dokumen yang mana ia akan dinilai beberapa pakar terlebih dahulu. Kita telah melepasi peringkat ini dan saya sangat bersyukur.

“Nasihat saya ialah buat yang terbaik untuk pertandingan ini dan buktikan kita mampu menjadi ikon kepada mahasiswa lain. Jangan berputus asa dengan segala cabaran yang pasukan hadapi semasa pertandingan itu nanti. Semoga pasukan ini dapat mengharumkan nama negara di pentas dunia di pertandingan kereta solar yang paling berprestij ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

Amcorp Study Grant 2017
UiTM di ❤ ku

Amcorp Study Grant 2017

Pada awal penubuhan Amcorp Study Grant (ASG) 2017, Amcorp sememangnya berharap untuk menyumbang semula sesuatu yang terbaik kepada komuniti. ASG yang diuruskan di bawha Yayasan

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE