Kau Sahabatku, Kau Teman Sejati

Assalammualaikum, bersempena dengan Istiadat Konvokesyen UiTM Kali Ke-86 dan saya juga baru je konvo pada 20 April yang lepas, saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang di UiTM. Selepas menamatkan pengajian di peringkat Diploma UiTM Machang, saya dan kawan-kawan berjaya menyambung pengajian di peringkat Ijazah di UiTM Kampus Puncak Perdana. Konvo kali ini mengingatkan saya kepada kawan saya yang telah pergi mengadap ilahi semasa pengajian.

Semasa pengajian di UiTM Puncak Perdana, saya dan rakan-rakan iaitu Jenny, Ira, Olynn, Afiq dan Zul merupakan geng yang akan bergabung untuk menyiapkan assignments yang diberikan. Kumpulan kami diberi nama TeamBarakah kerana group assignment pertama yang mengabungkan kami ialah subjek BEL dimana kami kena buat mock meeting and company kami bernama “Barakah Fast Food” , disitu bermula keakraban kami sebagai satu kumpulan, selepas kelas kami akan pergi makan nasi di kandang, ada satu kedai tu belacan dia sedap gilerr. Kalau petang pulak kami akan melepak kat kedai kaca untuk mengeteh sebelum masing-masing buat hal sendiri bila dah balik rumah.

Banyak aktiviti kami lakukan bersama, paling best bila kami kena buat research. Saat nak cari tempat research, pergi ke tempat research seawal pagi. Pernah satu ketika, kami pergi research di Muzium Polis dan kami menaiki kereta seramai 6 orang dan terpaksalahh berhimpit sebab nak jimat. Kalau sewa kereta, confirm akan amik untuk 12 jam sebab lepas research akan pergi jalan-jalan buang duit. Sepanjang bekerja berkumpulan, semua assignments kami siap on time dan tak pernah ada masalah yang menimpa. Setiap dari kami memang memberi komitmen yang tinggi dalam menyiapkan assignments.

Sehinggalah pada semester 5, selepas cuti pertengahan semester.Kejadian ini berlaku sekitar 2015, Zul memberitahu bahawa dia dimasukkan di hospital dan cuti untuk dua minggu. Sepanjang dua minggu dia cuti, kami berhubung melalui whatsapp dan suatu hari kami berkumpul di Library dan Afiq call Zul, setiap seorang dari kami akan bercakap dengan dia dan lepas tu, kami membuat video dalam video tu kami cakap kat dia supaya cepat sembuh dan malam tu dia update status fb cakap thanks kat kami dan dia dah boleh keluar.

Selepas tu, dia kembali ke kampus tapi tahap kesihatan dia lemah, dia kena makan banyak jenis ubat. Banyak kot ubat dia, satu plastik penuh. Lepastu kalau petang je dia akan rasa nak demam and lemah. Dia suspek penyakit TB masa tu, so ubat dia pun mestilah berkaitan dengan penyakit TB. Ada satu malam, dia ws dalam group cakap yang dia rasa dia akan mati dan dia minta maaf kat kami. Masa tu kami tak amik serius pun dan aku hanya cakap ” minta simpang dari apa yang mu fikirkan” lepastu keesokkan harinya kami berjumpa dengan Zul di kadang and tanya dia kenapa rasa macam tu? dan dia cakap dia rasa macam badan dia nak lumpuh and teringat mati.

Sepanjang bulan Ramadhan, kami banyak habiskan masa berbuka bersama di kandang atau tempat-tempat lain, pernah satu hari aku tolak ajakkan dia untuk berbuka bersama sebab nak berbuka dengan housemates yang lain, masa on the way nak ke bazaar terserempak dengan dia and dia seorang je masa tu. Kami ada berbuka di dataran Shah Alam dan bergambar, rasanya tu gambar terakhir kami bersama.

Selepas habis final exam, masing-masing bawa haluan ke kampung, dan aku ada tweet dengan Zul tanya kesihatan dia and dia cakap sejak balik Kelantan, tahap kesihatan dia kurang baik dan dia dimasukkan ke hospital. Dua hari sebelum dia meninggal dia ada minta maaf dekat dalam group cakap dia dah tak tahan dan kami seperti biasa akan cakap ” Mu akan sihat”

Sampailah pada 3 Ogos 2015 sekitar jam 1 petang, aku buka whatsapp dan Wawa (Housemates) cakap ” betul ke yang Zul tu?” dan aku tanya kenapa dengan Zul? Wawa balas “Zul meninggal” masatu aku terus menangis dan buka FB untuk tengok apa yang kakak Zul poskan. Semua dalam facebook update pasal dia, maknanya betul dia meninggal. Ya Allah kawan aku meninggal, aku telefon mak bagitahu yang Zul meninggal lepastu mak cakap kalau nak ke Kelantan mak akan teman dan lepas dah decide dengan Jenny, aku naik bas ke Kelantan malam tu. Biar tak dapat tengok jenazah tapi at least kami nak jumpa family dia.

4 Ogos 2015, kami berjumpa dengan family dia, kami menceritakan semua pasal dia dan masa tu tak nangis pun. Sehinggalah kami masuk ke semester 6. Semester 6 kami berlima which is Aku, Jenny, Olynn , Ira dan Afiq. Setiap apa yang kami lakukan, kami akan ingat dia. Kami ingat masa bulan Ramadhan tu dia ada cakap “Jom kita sedekah air mineral letak kat Fakulti” dan masa tu tak ada siapa pun yang layan dia. So kami decide untuk beli air mineral dan letak kat Fakulti atas nama dia kebetulan masa tu jerebu dan alhamdulillah air tu habis. Selain itu, Arwah pernah plan nak backpack dengan kawan-kawan lepastu tak menjadi dan semester 6 tu kami ke Melaka jalan-jalan disana. Yang paling terkesan sekali ialah arwah ada tag gambar orang konvo yang bertopeng iron man, batman dll tu and dia cakap ” Nanti kita buat macam nie” tapi sedihnyaa dia tak sempat pun untuk konvo degree tu 🙁

Sepanjang pengajian di UiTM Puncak Perdana, arwah lah yang menghiburkan kami, bawak kami jalan-jalan. Perwatakan dia menarik dan dia suka pakai baju pelik mungkin sebab tu cara dia untuk menonjol. Orang yang tak rapat dengan dia pun rasa kehilangan dia sebab kalau jumpa orang dia akan tegur biarpun tak rapat mana. Lagu hijjaz “Kau Sahabatku, Kau Teman Sejati” betul betul kena dengan situasi kami masa tu, dalam lirik tu “sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini walau ku tahu kau tiada disisi” dan alhamdulillah kami berlima berjaya habiskan degree dan dah konvo pun. Kami berlima dapat ijazah kelas pertama dan arwah pasti gembira dengan kejayaan kami. Al-Fatihah

Sekian kisah saya dan saya merasakan kehidupan saya ketika pengajian tidak akan menarik jika tiada mereka-mereka yang banyak menghiburkan saya yang selalu sangat homesick nie which is LeHosmet dan TeamBarakah. Thank you semua

 

========================================================================

 

Anda ada cerita UiTM yang ingin dikongsikan ?

Hantar Story UiTM anda ke salam@madeinuitm.com

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad