Tentang Biasiswa
Biasiswa karangkraf adalah sebuah Dana Pendidikan yang diwujudkan oleh KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF untuk membantu para pelajar lepasan SPM, STPM & DIPLOMA yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah.
Biasiswa ini merupakan dana pendidikan kepada kakitangan, anak kakitangan dan para pembaca Karangkraf yang layak sebagai satu kemudahan kepada mereka. Menurut Karangkraf, biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dalam melanjutkan pengajian ke universiti swasta (IPTS), memberi peluang kedua kepada pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di IPTA serta mengurangkan pergantungan kepada pinjaman pendidikan.
Tarikh Tutup
Dec 31, 2017
Kriteria
- Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
- Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian)
- STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00
- Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
- Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
- Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
- Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi berikut :
- Kuala Lumpur Metropolitan University Collage
- Cosmopoint College
- Universiti Industri Selangor
- SEGi University
- Universiti Tun Abdul Razak
- Universiti Tenaga Nasional
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
- UNITAR International University
- Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim
- Ranaco Education & Training Institute
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPTS. Pemprosesan permohonan tersebut mengambil masa selama 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.
Di antara dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk diserahkan adalah seperti berikut:
- Borang Permohonan Biasiswa Karangkraf
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama)
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTS (surat tawaran dari cetakan laman web IPTS boleh diterima)
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI
- Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja – IBU, BAPA, PENJAMIN 1 DAN 2
- Salinan kad pengenalan / salinan Passport ibu dan bapa kandung
- Salinan kad pengenalan / salinan Passport PENJAMIN 1 DAN 2
- Salinan sijil kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan
Klik borang permohonan untuk terus membuat permohonan
Borang yang lengkap diisi, emelkan atau pos ke alamat seperti di bawah ;
Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Krangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
Emel : nurhidayati@karangkraf.com/danapendidikan@karangkraf.com
Hubungi
Nurhidayati Binti Mohd Nasir
Biasiswa Karangkraf, Kumpulan Media Krangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
Hubungi : 03-5101 3325/3327
Emel : nurhidayati@karangkraf.com/danapendidikan@karangkraf.com
Laman web : http://www.karangkraf.com/dana