Biasiswa Kerajaan New Zealand 2017 untuk ke peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (masters) dan PhD

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Biasiswa Kerajaan New Zealand 2017 untuk Melanjutkan Pengajian ke New Zealand

Anda sudah tentunya berminat untuk menyambung pengajian ke New Zealand jika ada peluang bukan? Kini hasrat anda itu berkemungkinan akan tercapai kerana baru baru ini, Kerajaan New Zealand telah mengeluarkan biasiswa buat pelajar-pelajar Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian di sana.

biasiswa new zealand

Dah bersedia nak lawati tapak lakonan filem The Lord of the Ring?

biasiswa new zealand

Biasiswa New Zealand ASEAN Scholar Award bagi tahun 2017 telah membuka tawaran biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berkelayakan bagi tahun akademik bermula tahun 2017.

Biasiswa dibawah New Zealand Foreign Affairs & Trade ini menawarkan biasiswa untuk peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (masters) dan PhD dalam bidang Pembangunan Pertanian (Development Agriculture), Renewable Energy, Pengurusan Risiko Bencana (Disaster Risk Management), Sektor Pengurusan Awam dan Pembangunan Sektor Swasta.

Maklumat lanjut mengenai tujuan biasiswa ini dilaksanakan boleh klik di sini.

Mengenai senarai insitusi yang boleh dipohon di New Zealand, boleh klik di sini.

Senarai kursus pengajian mengikut negara yang boleh dipohon boleh klik di sini

biasiswa new zealand
Otago University New Zealand

Tarikh Tutup Permohonan

  • Mar 31, 2017

Kriteria

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 39 tahun
  • Memiliki daya kepimpinan yang tinggi.
  • Tidak menyertai sebarang latihan ketenteraan
  • Memenuhi kelayakan imigresen untuk visa pelajar di New Zealand
  • Memenuhi kelayakan akademik yang ditetapkan termasuk bahasa Inggeris (rujuk kelayakan di universiti yang dipohon)
  • Tidak pernah ditarik balik oleh biasiswa oleh Kerajaan New Zealand disebabkan rekod akademik yang buruk
  • Perlu kembali semula ke negara asal selepas tempoh 2 tahun tamat pengajian untuk membantu menyumbang kepada pembangunan negara asal. Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan klik di sini.
  • Maklumat mengenai cara pemilihan oleh kerajaan New Zealand, klik di sini.

Amaun

  • Yuran pengajian
  • Elaun sara hidup (amaun bergantung kepada kos asas sara hidup)
  • Elaun asas (Dibayar sekali sahaja untuk keperluan penginapan, buku teks dan lain-lain keperluan kuliah pengajian)
  • Insurans kesihatan dan perjalanan
  • Pemberian peruntukan untuk tiket perjalanan daripada negara asal ke New Zealand dan tiket perjalanan pulang ke negara asal selepas tamat pengajian
  • Elaun pembantu penyelidik dan kos untuk penyelidikan bagi pelajar penyelidikan PhD

Jurusan

Pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (masters) dan PhD dalam bidang :

  • Pembangunan Pertanian (Development Agriculture)
  • Renewable Energy
  • Pengurusan Risiko Bencana (Disaster Risk Management)
  • Sektor Pengurusan Awam dan Pembangunan Sektor Swasta

Cara Memohon

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan secara online dengan klik di sini.

Hubungi

Untuk lanjut pertanyaan sila hubungi pegawai berikut:

Puan haznizah Binti Hamdan

03-8870 6387
hanizah@mohe.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad