Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Biasiswa Pengajian Peringkat Sarjana Muda, Master, dan PhD Oleh Turkiye Burslari Kerajaan Turki 2018

Biasiswa Pengajian Peringkat Sarjana Muda

INFO BIASISWA

Kerajaan Turki menawarkan biasiswa negara mereka kepada pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke TURKI dibawah program Biasiswa Bosphorus yang dibuka untuk warga negara berikut: Antigua dan Barbuda, Argentina, Bahama, Bahrain, Barbados, Emiriah Arab Bersatu, Bolivia, Brazil, Brunei, Republik Rakyat China, Timor Lorosa’e, Republik Dominika, Dominika, Ecuador, El (SAR), Salvador, Indonesia, Filipina, Grenada, Guatemala, Korea Selatan, Haiti, India, Hong Kong (SAR), Jamaica, Jepun, Kemboja, Qatar, Kiribati, Colombia, Kuwait, Cuba, Laos, Macao (SAR) , Malaysia, Myanmar, Nepal, Paraguay, Peru, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Samoa, Singapura, Solomon, Sri Lanka, Arab Saudi, Chile, Thailand, Taiwan, Trinidad dan Tobago, Tuvalu, Uruguay, Vanuatu, Venezuela, Vietnam.

TARIKH TUTUP

Nov 29, 2017

KRITERIA

Calon yang telah menamatkan pengajian atau mungkin lulus dari institusi pendidikan yang setara dengan kelayakan akademik semasa Turki boleh memohon biasiswa ini. Pemohon juga perlu memenuhi syarat umur yang ditetapkan :

Bagi pemohon yang memohon kursus Ijazah Sarjana Muda berikut adalah syarat umur :

  • Dilahirkan pada 01.01.1996 dan tahun selepasnya
  • Bagi pemohon yang memohon Ijazah Sarjana: Mereka yang dilahirkan pada 01.01.1987 dan tahun selepasnya
  • Pemohon tidak mempunyai masalah kesihatan

Pemilihan calon juga dilakukan berdasarkan pencapaian akademik dan prestasi ketika ditemuduga. Kriteria akademik pemohon akan diukur berdasarkan kelayakan berikut:

  • Kelayakan Diploma (Gred CGPA akhir (*))
  • Skor Penilaian Akademik Lain (CGPA) (Asasi/STPM/Matrikulasi) (*) GPA terkumpul

Calon yang telah membuat permohonan yang lengkap akan dijemput untuk menghadiri temuduga. Panggilan temuduga akan dimaklumkan melalui emel dan sistem aplikasi online kelak. Temuduga akan diadakan secara bersemuka atau melalui alat komunikasi di negara-negara yang tidak ada kedutaan Turki. Di Malaysia, temuduga akan diadakan di kedutaan Turki.

PEMOHON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Pelajar yang sedang belajar di Türkiye tidak dibenarkan memohon untuk peringkat pengajian yang sama
  • Warganegara Turki dan orang yang kehilangan kewarganegaraan Turki tidak boleh memohon program biasiswa ini.
  • Biasiswa Türkiye terbuka untuk semua warganegara negara yang memenuhi syarat-syarat ini.

AMAUN

Elaun

Elaun bulanan yang diperuntukkan mengikut tahap pengajian adalah seperti berikut:

  • Pelajar Sarjana Muda; 700 Lira Turki

Penginapan

Pelajar yang menerima biasiswa Türkiye boleh tinggal di asrama universiti tanpa membayar yuran.
Pelajar yang tidak mahu tinggal di asrama boleh memilih pilihan penginapan lain atas perbelanjaan mereka sendiri.

Tuisyen dan Yuran

Penerima biasiswa tidak perlu membayar apa-apa yuran tuisyen atau universiti.

Perbelanjaan Kesihatan

Kesihatan pelajar akan dilindungi oleh insurans kesihatan awam.

Kursus Bahasa Turki

Pelajar tertakluk kepada kursus bahasa Turki selama satu tahun jika mereka tidak mempunyai bukti penguasaan Bahasa Turki. Pelajar yang akan mempelajari program dalam bahasa lain dan bukannya Turki juga wajib mengambil Kursus Bahasa Turki.

Perbelanjaan Perjalanan (Tiket Penerbangan Pergi dan Balik)

Pelajar biasiswa Turki akan diberikan tiket sekali sahaja untuk ketibaan pertama mereka di Turki dan untuk berlepas selepas menamatkan pengajian mereka. Sekiranya pelajar membeli tiket, jumlahnya akan dibayar balik kemudian.

JURUSAN

Sarjana Muda

Semua program pengajian termasuk Sains Perubatan, Pengajian Islam dan Bahasa dan Kesusasteraan Turki. Untuk semak senarai kursus yang boleh dipilih, boleh klik disini dan pilih tab popular program. Pastikan tukar ke bahasa inggeris terlebih dahulu.

Masters dan PhD

Biasiswa Ali Ku?çu : Biasiswa bidang sains dan teknologi

Biasiswa Ibn Haldun : Biasiswa bidang sains sosial, termasuk Pengajian Islam dan Bahasa dan Kesusasteraan Turki.

Untuk semakan kursus dalam bidang ini sila klik disini. Kemudian pilih popular program dan pilih bidang. Jangan lupa untuk tukar ke bahasa inggeris terlebih dahulu.

CARA MEMOHON

Untuk anda yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk memohon serta tahu kursus yang ingin dipohon. Sila klik pautan berikut : https://tbbs.turkiyeburslari.gov.tr/

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi: Phone: +0850 455 0 982 Email: info@turkiyeburslari.org
Puan Hanizah Hamdan Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi No tel: 0388706387 Email: Hanizah@mohe.gov.my

Sumber – Afterschool

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad