Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad

Anugerah biasiswa Yayasan Tun Ismail (YTL) dan anugerah biasiswa luar negara, diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan terpilih lepasan SPM 2016 untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka dalam bidang berkaitan dengan aktiviti perniagaan.

Pelajar yang terpilih perlu menjalani program A-LEVEL atau South Australian Certified of Education (SACE) yang dikendalikan oleh PNB.

Tarikh Tutup

Mar 24, 2017

Kriteria

  • SYARAT MINIMUM KELAYAKAN
  • Memperolehi gred minima 8A(A+(cemerlang tertinggi) dan A (cemerlang tinggi) SPM, gred A- (cemerlang TIDAK DIAMBIL KIRA SEBAGAI SALAH DARI KEPERLUAN GRED MINIMA 8A)
  • Memperolehi gred minima 2A bagi subjek bahasa inggeris 1119 (GCE-O) SPM.
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 januari 2017
  • Aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan, mempunyai kualiti kepimpinan serta semangat kerja berpasukan
  • Mempunyai kemahiran insaniah dan komunikasi yang cemerlang
  • Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.

SYARAT TAJAAN KE LUAR NEGARA

  • Pemohon yang dipilih perlu mengikuti pengajian peringkat A level atau SACE yang ditetapkan oleh PNB.
  • Pemohon dikehendaki memilih dengan teliti SATU SAHAJA DARIPADA DISIPLIN mengikut bidang pengajian yang ditetapkan oleh PNB.
  • Lulus pengajian di peringkat A-level atau SACE dan pelajar akan ditempatkan di universiti luar negara pilihan PNB.

Jurusan

  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Undang-undang
  • Matematik
  • Sains aktuari dan kejuruteraan
  • Undng-undang
  • Ekonomi
  • Teknologi maklumat
  • Pengurusan risiko
  • Hartanah (hospitaliti)
  • Komunikasi
  • Falsafah, politik dan ekonomi

Cara Memohon

Lengkapkan semua butiran dalam borang permohonan

Sertakan salinan slip keputusan SPM 2016 dan salinan sijil atau dokumen yang dinyatakan dalam borang permohonan di bahagian XI

Borang biasiswa perlu diisi dengan jelas dan tepat. PNB berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu pada bila-bila masa.

Pastikan semua dokumen yang dinyatakan dalam senarai semak di bahagian XI telah disertakan sebelum menghantar borang permohonan

Isikan nama penuh di bahagian atas borang yang telah lengkap diisi ke alamat :

 

Jabatan Pembangunan Pendidikan,

Permodalan Nasional Berhad

Tingkat 38, Menara PNB,

201-A Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur.

 

Untuk muat turun borang permohonan klik di sini.

Hubungi

Untuk maklumat lanjut klik di sini.

Register.
Enjoy 10% Discount.

1 thought on “Biasiswa Permodalan Nasional Berhad”

  1. Pingback: Senarai Penuh Biasiswa yang Ditawarkan Sehingga Mac 2017. Mohon Segera!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad