Team UiTM Juara Acara Debat International Humanitarian Law Mooting Competition

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Team UiTM Juara Acara Debat International Humanitarian Law Mooting Competition
@MootUiTM – Twitter

Wakil Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelajar-pelajar Fakulti Undang-undang (FUU)  muncul juara the International Humanitarian Law Mooting Competition pada pertandingan akhir setelah berjaya menundukkan wakil tuan rumah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di pusingan akhir dan bakal mewakili Malaysia pada pusingan antarabangsa di Hong Kong, China.

Ini merupakan satu kejayaan yang simbolik dan membangga buat Pasukan UiTM diwakili oleh pelajar-pelajar Fakulti Undang-undang UiTM, Aquilah Hani (Kapten Pasukan), Reza Nezra, Vanessa Iskandar Ng, dan Aida Shafiqah dan seluruh warga Universiti Teknologi Mara di seluruh negara. Para pemenang membawa pulang piala pusingan, trofi juara, piala individu, wang tunai  dan sijil penghargaan dan bakal mewakili Malaysia pada peringkat antarabangsa di Hong Kong, China.

Pasukan UiTM diwakili oleh pelajar-pelajar Fakulti Undang-undang UiTM (dari kanan), Irwan Shah Abdul (Jurulatih), Vanessa Iskandar Ng, Aquilah Hani (Kapten Pasukan), Aida Shafiqah, dan Reza Nezra.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga dimenangi pasukan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) yang turut membawa pulang dan piala pusingan, trofi juara, piala individu, wang tunai  dan sijil penghargaan

Pertandingan debat berprestij ini berlangsung pada 17-19 November 2017 dan disertai universiti-universiti terkemuka tanah air seperti Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan  dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE