TENTANG BIASISWA
Kumpulan Wang Biasiswa Top Glove telah ditubuhkan dengan objektif untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan untuk mengikuti kursus ijazah pertama secara sepenuh masa di universiti-universiti awam tempatan.
TARIKH TUTUP
Dec 31, 2017
KRITERIA
- Berumur di bawah 25 tahun
- Memiliki keputusan akademik yang baik dalam SPM / STPM setaraf
- Telah mendapat tawaran ke universiti awam tempatan
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
- Kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi
- Inginkan informasi terkini biasiswa yang lain?. Daftar profil bersama kami.DAFTAR PROFIL
JURUSAN
- Mekanikal / Elektrik / Kejuruteraan Kimia
- Chemistry / Bio Kimia / Fizik / Matematik
- Sains Polimer / Sains Gunaan
- Perubatan
- Pergigian
- Undang-undang
- Kejuruteraan awam
CARA MEMOHON
Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biasiswa
Pemohon perlu menghantar Borang Permohonan yang lengkap dan salinan dokumen-dokumen berikut, yang mana sijil yang disertakan hendaklah disahkan sebagai salinan benar (Klik disni untuk dapatkan borang permohonan):
Bukti Umur: Certified Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan
Transkrip Akademik: Semua transkrip akademik sekolah (UPSR, PMR dan SPM) dan keputusan kursus asas (STPM / A-Level / Matrikulasi / Diploma / Program Foundation).
Tawaran Universiti: surat tawaran / surat penerimaan / surat surat pengesahan kemasukan / pendaftaran dari universiti.
Surat Syor: Dua surat sokongan daripada orang yang layak untuk memberikan pemahaman mengenai potensi pemohon untuk kejayaan dan kepimpinan. Boleh mendapatkan surat sokongan daripada guru-guru.