Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong Berhad 2017

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong Berhad 2017

TENTANG BIASISWA

Yayasan Kuala Lumpur Kepong Berhad adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh KLK, menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang sedang belajar atau menerima tawaran daripada mana-mana institusi pengajian tinggi Malaysia.

Selepas tamat pengajian, penerima biasiswa berpeluang ditawarkan untuk bekerja di KLK atau rakan perniagaannya. Sepanjang pengajian, prestasi akademik akan dipantau dan dijangka untuk menjalani latihan praktikal di dalam Kumpulan.

Pemantauan sedemikian adalah perlu untuk memastikan bakat terbaik yang kemudian direkrut untuk meneruskan tradisi kepimpinan Kumpulan KLK.

TARIKH TUTUP

Aug 31, 2017

KRITERIA

Warganegara Malaysia.
Memiliki keputusan akademik yang baik (STPM minimum 2As / Foundation (asasi) -CGPA 3.5 dan ke atas).
Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris baik.
Memiliki rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kurikulum.
Mesti ditawarkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Tidak terikat atau memegang mana-mana biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasi.
Bersedia untuk berkhidmat di mana-mana lokasi dalam Kumpulan selama 3 tahun setelah tamat pengajian.

AMAUN

Ijazah Institusi Awam – RM8,500 setiap tahun akademik
Institusi Swasta – RM15,000 setiap tahun akademik

JURUSAN

Sains Pertanian atau disiplin yang berkaitan Sains (Kimia, Bioteknologi)
Kejuruteraan kimia
Kejuruteraan mekanikal

CARA MEMOHON

Permohonan biasiswa dibuka pada bulan Jun setiap tahun. Permohonan boleh dibuat sebaik sahaja menerima tawaran kemasukan dari institusi pengajian tinggi.

Sila klik disini untuk muat turun dan lengkapkan borang permohonan.

Borang yang lengkap diisi bersama-sama dengan surat tawaran kemasukan dan dokumen yang berkaitan mesti disertakan sekali dan dihantar ke alamat di bawah sebelum akhir bulan Ogos:

KLK Yayasan Wisma Taiko 1

Jalan SP Seenivasagam

30000 Ipoh Perak

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Mana-mana pemohon yang tidak dijemput untuk temuduga dianggap tidak berjaya.

HUBUNGI

Jika mempunyai sebarang pertanyaan boleh klik disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE