Biasiswa Yayasan Kuok Berhad (Pelajar sedang dalam Pengajian Ijazah Sarjana Muda)

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Biasiswa Yayasan Kuok Berhad

Yayasan Kuok Berhad mempelawa pelajar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa/bantuan kewangan. Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda secara sepenuh masa untuk tahun akademik 2017/2018.

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan namun menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kurikulum serta aktif dalam aktiviti kokurikulum selain mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik.

Tarikh Tutup

  • 31 Mac 2017

Kriteria

  • Ditawarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam di Malaysia dan Singapura.
  • Pelajar tang sedang mengikuti kursus diploma, pengajian separuh masa, matrikulasi dan asasi tidak layak memohon bantuan kewangan ini.

Amaun

Amaun yang ditawarkan kepada pelajar di Universiti Awam, Malaysia adalah seperti berikut :

  • Biasiswa Kuok Keng Kang  bernilai RM15000 setahun
  • Biasiswa Sains Pertanian Goh Ing Sing untuk pelajar Universiti Putra Malaysia bernilai RM 15000 setahun.
  • Biasiswa Kuok Khoon Hong & Biasiswa Wilmar bernilai RM15000 setahun
  • Pinjaman-Dermasiswa Yayasan Kuok bernilai RM12000 ke RM14000setahun bergantung kepada kursus yang diikuti.

Bagi pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Awam Singapura, berikut adalah amaun biasiswa yang ditawarkan :

  • Biasiswa Yayasan Kuok bernilai RM 85,000 setahun (Pelajar yang menerima geran Yuran Pengajia Kementerian Pendidikan Singapura sahaja)
  • Biasiswa Wilmar berjumlah RM 27, 000 setahun
  • Pinjaman Separuh dan Separuh lagi Dermasiswa Yayasan Kuok bernilai RM27,000 setahun.

Disiplin

Terbuka kepada semua jurusan yang ditawarkan oleh universiti

Cara Memohon

Pemohon yang berminat perlu menghantar borang permohonan yang boleh dimuat turun di pautan di bawah :

Muat Turun Borang permohonan Biasiswa

Hanya calon terpilih sahaja yang akan dipanggil temu duga

Borang yang lengkap boleh dihantar ke alamat sebelum tarikh tutup permohonan seperti berikut :

Yayasan Kuok Berhad (Bantuan Kewangan untuk Siswa 2017)

Peti surat no. 110, Tingkay 16 UBN Tower, 10 Jalan P Ramlee,

50250 Kuala Lumpur.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE