Pasti ramai diantara anda yang ingin membuat pinjaman beli rumah/kereta atau melancong ke di Eropah ataupun di Timur Tengah tapi terpaksa menangguh hajat tersebut kerana sudah di blacklist PTPTN? Jangan cakap Eropah, nak masuk Singapura pun tak lepas. Hang pirahhhh~
Tetapi bagaimana jika kami katakan, anda boleh tamatkan penderitaan ini? Dalam tempoh lebih kurang 30 hari, anda sudah boleh bebaskan nama anda daripada senarai hitam PTPTN. Bulan depan boleh rancang percutian maha mewah anda itu atau buat pinjaman peribadi beli rumah/kereta. Bagaimana caranya?
Caranya adalah melalui pengeluaran akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN anda. Perkongsian ini sesuai untuk anda yang bekerja. Kepada yang tidak bekerja dan tidak pernah tahu apa itu akaun KWSP, anda boleh tadah “muka kesian” di hadapan ibu bapa masing-masing kerana mereka boleh menolong membayar hutang anda menggunakan akaun II KWSP mereka. Berapa jumlah yang boleh dikeluarkan?. Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman. Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.
Kelebihan Bayaran Balik Melalui Pengeluaran KWSP
- Tiada had pengeluaran
- Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi mana Akaun II anda masih berbaki
- Tiada caj pemprosesan dikenakan
- Menikmati penjimatan kos upah/pentadbiran dan memendekkan tempoh bayaran balik
- Bersihkan nama daripada senarai hitam PTPTN
- Boleh memohon PINJAMAN PERIBADI untuk pembelian kereta/rumah
Berbalik kepada kaedah pengeluaran, ramai yang mengetahui bahawa mereka boleh menggunakan akaun kedua KWSP ini untuk membayar hutang pendidikan TETAPI ramai sebenarnya tidak tahu jumlah sebenar hutang PTPTN mereka, bagaimana hendak semak jumlah duit yang ada dalam akaun kedua KWSP dan cara untuk mohon pengeluaran bagi menyelesaikan jumlah tunggakan yang ada atau kalau wang dalam akaun II anda melebihi hutang PTPTN anda, anda boleh gunakan ke semuanya untuk selesaikan hutang itu. Jika selesai semuanya, boleh dapat potongan 15 %! Untung kan?
Tanpa membuang masa kami kongsikan langkah demi langkah sehinggalah nama anda BERSIH DARIPADA SENARAI HITAM berkenaan.
LANGKAH PERTAMA : SEMAK BAKI HUTANG PTPTN
- Klik pautan semakan PENYATA BAKI berikut : https://www.ptptn.gov.my/penyatapinjaman/index.html
- Masukkan Kad Pengenalan Anda tanpa “-“. Kemudian klik “SEMAK”.
- Akan terpapar “PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH atau KOVENSIONAL”. KLIK pautan tersebut.
- LOG MASUK sistem akan terpapar. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN & Kata Laluan (Jika tidak ingat kata laluan, KLIK : Lupa kata laluan). Ikut arahan yang diminta dan KATA
- LALUAN yang baru akan dihantar ke emel anda nanti untuk membolehkan LOG MASUK ke dalam SISTEM. (Jika terlupa emel yang digunakan semasa permohonan, sila hubungi terus talian Hotline PTPTN (03-2193 3000) untuk dapatkan KATA LALUAN anda. Apabila sudah boleh log masuk, tukar kata laluan & alamat emel).
- Apabila sudah boleh LOG MASUK, diingatkan untuk tukar kata laluan dan emel baru terlebih dahulu khususnya kepada anda yang terlupa kata laluan dan alamat emel
- Klik penyata baki untuk semak keseluruhan baki pinjaman anda.
Selesai menyemak baki hutang pinjaman PTPTN, langkah seterusnya adalah menyemak jumlah simpanan terkumpul dalam AKAUN II KWSP.
LANGKAH KEDUA : SEMAK JUMLAH WANG DALAM AKAUN II KWSP
- LOG MASUK i-Akaun (KLIK DISINI untuk LOG MASUK) (Daftar i-Akaun KWSP (Jika belum mendaftar i-Akaun sila KLIK DISINI untuk panduan pendaftaran)
- Masukkan kata id pengguna (username). Klik “seterusnya” dan masukkan “kata laluan”. (Jika lupa username @ kata laluan sila klik “Lupa ID Pengguna/Kata Laluan” di halaman utama.
- Ikut arahan yang diminta).
- Pilih tahun terkini dan klik “cari”
- Penyata simpanan keseluruhan akan terpapar (sila rujuk jumlah dalam akaun kedua, hanya akaun kedua sahaja yang boleh digunakan untuk bayar hutang pendidikan)
Selesai semak jumlah simpanan KWSP, tiba masanya untuk keluarkan wang berkenaan bagi membayar hutang anda. Langkah seterusnya rujuk dibawah :
LANGKAH KETIGA : LANGKAH MENGELUARKAN WANG KWSP AKAUN II SECARA ONLINE
- Login ke i-Akaun ahli
- klik Tab Pengeluaran
- Klik e-Pengeluaran
- Klik Permohonan Baru untuk memulakan transaksi. (Lengkapkan borang online berkenaan)
- Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.
- Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Tujuan pengecaman ini adalah bagi
- menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan CIJ pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.
Nota:
Anda diberi tempoh selama empat belas (14) hari untuk hadir di kaunter KWSP dari tarikh Mesej Sekuriti yang di hantar ke inbox i-Akaun dan tarikh akhir untuk proses pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) juga dimaklumkan melalui SMS. Jika anda tidak hadir dalam tempoh tersebut, permohonan akan dibatalkan secara automatik.
Tempoh Masa Proses Permohonan & Bayaran
KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan. Dokumen yang perlu dibawah adalah seperti berikut :
- Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang MyKad)
- Salinan transkrip akademik anda (degree/diploma & sebagainya)
- Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank semasa membuat permohonan)
- Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos
Cherish this moment with friends! Buy at least a pair and enjoy flat rate price of RM80/pcs!!
Grab yours now!https://t.co/W2FAwFep4V pic.twitter.com/rfNFicA47Z
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 25, 2017
Selesai membuat pembayaran, anda perlu berkunjung ke mana-mana cawangan PTPTN untuk membuat rundingan dan penstrukturan semula bagi tujuan membersihkan nama anda. Berikut adalah caranya :
LANGKAH TERAKHIR : CARA BERSIHKAN NAMA MELALUI PENSTRUKTURAN SEMULA PINJAMAN
Kepada mereka yang simpanan KWSP akaun kedua itu cukup untuk bayar keseluruhan hutang PTPTN maka bergembiralah TETAPI bagi mereka yang TIDAK CUKUP itu perlu hadir ke PTPTN untuk buat penstrukturan semula iaitu melalui PROSES RUNDING & BAYAR. Memandangkan anda telah bayar jumlah tunggakan itu walaupun tidak sepenuhnya, nama anda layak untuk dibersihkan dengan cara rundingan ini. Semasa rundingan ini, penstrukturan semula akan dilakukan iaitu jumlah bayaran bulanan yang WAJIB dibayar. Selesai penstrukturan semula nama anda telah DIBERSIHKAN.
Ramai yang risau mengenai kesan penstrukturan semula ini seperti mana dalam artikel kami sebelum ini. KLIK DISINI untuk baca artikel tersebut. TETAPI seperti mana yang kami katakan juga tidak semua bank akan berbuat demikian. Bank akan cuba sedaya upaya untuk membolehkan anda membuat pinjaman dengan mereka kerana ingin mendapatkan interest pinjaman, misalnya ramai sahaja yang lepas pinjaman MAYBANK, BANK RAKYAT. Jadi kenapa mesti risau. Tentu ada cara.
Nasihat kami, jika anda ingin membuat pinjaman bank selepas nama dibersihkan JANGAN buat pinjaman BELI KERETA/RUMAH tetapi PINJAMAN PERIBADI. Kenapa?. Rugi sahaja kerana anda bakal membayar dua interest iaitu interest pinjaman PTPTN dan interest PINJAMAN KERETA/RUMAH. Penyelesaian yang terbaik, selepas pinjaman diluluskan, langsaikan dahulu hutang PTPTN. Wang selebihnya boleh bayar beli kereta atau rumah (boleh beli rumah yang dilelong, harganya ada yang 50k ke bawah sahaja. Rajinkan diri usha di lama LELONG.MY atau MUDAH,MY). Hutang pengajian selesai, kereta/rumah pun dapat. Setiap bulan bayar hanya 1 sahaja pinjaman, nama pun BERSIH dan anda bebas ke mana sahaja. Kalau anda cerdik, rumah yang beli itu buatlah sedikit renovation, kemudian sewakan. Wang hasil sewa itu, boleh bayar hutang pinjaman peribadi!. Jadi anda TIDAK TERBEBAN DENGAN HUTANG!. Untuk anda yang berminat boleh KLIK PAUTAN SENARAI BANK DIBAWAH untuk semak syarat permohonan PINJAMAN PERIBADI dan jumlah yang boleh dipinjam:
PINJAMAN PERIBADIPINJAMAN KERETAPINJAMAN RUMAH
Lain-lain BANK sila google sendiri la ye. Malas admin nak suapkan. Mudah sahaja kan?. Jadi apa tunggu lagi bebaskan nama anda daripada senarai hitam yang menyesakkan jiwa dan raga itu. Semoga tahun baru pada tahun hadapan membawa sinar baru dalam hidup anda. Boleh melancong ke luar negara, beli rumah, beli kereta secara tunai!. Selamat membayar hutang dan BEBAS HUTANG!
Sumber – Afterschool
Made from real passion! Be proud of what you're made of. Get yours now at https://t.co/W2FAwFep4V or visit https://t.co/VXeEKdqq2e pic.twitter.com/mCwsUlgSWz
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 8, 2017