Daftar Ijazah Kedoktoran (PhD) Universiti Awam Untuk Menyemak Kesahihan

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Baru-baru ini timbul isu mengenai PhD palsu apabila terdapat beberapa individu popular yang didapati menipu dalam menggunakan gelaran sebagai pemegang PhD bagi meyakinkan orang ramai mengenai bisnes yang dijalankan.

Penipuan PhD ini memberi impak kepada integriti dunia pendidikan tinggi negara yang selama ini berusaha keras untuk membangunkan dan mengembalikan reputasi yang utuh.

Memandangkan isu ini merupakan perkara yang serius dan tidak boleh dipandang mudah, Kementerian Pendidikan Tinggi pada telah mengumumkan mereka bakal memperkenalkan pangkalan data atau database dimana orang ramai boleh mengetahui kesahihan seseorang individu yang memegang gelaran sebagai pemegang PhD.

Untuk mendaftar sila klik link di bawah :

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan daftar nama bertujuan untuk mengatasi isu tersebut. Daftar nama ini membolehkan orang awam untuk menyemak kesahihah ijazah kedoktoran (PhD) seseorang individu tersebut dengan memasukkan maklumat yang diperlukan ke dalam enjin carian yang disediakan.

Walau apa pun alasan untuk penipuan PhD ini, janganlah kita turut serta kerana ijazah dan kelayakan akademik ini melibatkan maruah serta rasa hormat terhadap diri sendiri.

Pemilikan ijazah asli juga akan memberi implikasi terhadap keyakinan diri, inspirasi dan motivasi diri serta integriti dan reputasi dalam membina kerjaya di masa hadapan.

Janganlah dirosakkan harga diri dengan isu akademik palsu yang menimbulkan implikasi yang sensasi dan kontroversi terhadap reputasi diri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

UiTM di ❤ ku

PhD Dalam Atau Luar Negara?

Nota Editor: Artikel ini dikongsikan oleh Dr. Wan Muhamad Salahudin mengenai pendapat dan pengalaman beliau sendiri semasa beliau mengambil PhD. Ramai yang bertanya saya tentang

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE