Assalamualaikum admin.
Aku nak share sikit pengalaman sebagai pelajar kat uitm dulu.
Sebelum tu aku cerita sikit latarbelakang aku, aku bersekolah menengah biasa jer, bukan pelajar cemerlang atau best student. Masa nak beli borang UPU pon cikgu siap cakap, kamu beli borang UPU ni buat hiasan jer. Alhamdulillah keluar keputusan spm aku dapat 27 aggregate. Sebab dari form 4 sampai la percubaan spm result aku gagal atau SAP.
Berdasarkan result aku cuma layak ambil seni dan sectary. Disebabkan aku skor dekat seni dan bahasa inggeris dapat la aku belajar dekat fakulti seni lukis dan seni reka. Belajar dekat uitm memang seronok, macam-macam benda yang aku belajar dan cari duit nak sara hidup.
Aku belajar dan hidup hanya dengan duit ptptn. Alhamdulillah masa kat uitm pon aku pelajar average jer, janji semua subjek aku lulus dah memadai. Jurusan yang aku ambil ni memang rare dan tak ramai yang tahu ada nya kursus seni reka logam halus, orang jawa cakap Jewellery Design.
Masa belajar macam-macam bisnes aku buat untuk cari duit poket tampung perbelanjaan aku. Aku memang diajar berdikari sejak dari sekolah menengah, jadi bila masuk uitm ni alhamdulillah semua aku buat sendiri. Tahun pertama jer aku duduk jati, lepas tu aku berulang dari klang ke shah alam setiap hari.
Minggu orientasi pon hari pertama jer aku pergi, sebab nya aku bukan lah orang yang boleh disuruh buat kerja-kerja bodoh atau bangang oleh abang atau kakak senior. Sebab aku memang tak pernah duduk asarama, dan aku buat benda yang aku suka jer.
Hari pertama dah suruh mintak tandatangan, hari kedua kalau aku pergi diorang pulak yang akan dapat tanda kaki aku. Mak bapak aku tak pernah ajar anak – anak dia kurang ajar atau buat benda bodoh dekat orang lain.
Masa tahun pertama lagi aku dah target dalam hati aku belajar tinggi bukan nak jadi kuli, aku nak ada bisnes sendiri. Macam-macam kerja dan benda yang aku jual kat uitm tu, sampaikan lipstik dengan compact powder pon aku jual. Siap kene sound dengan student perempuan, muka hensem tapi jual alat mekap. Pedulikan apa orang nak cakap asalkan kau tahu apa yang kau nak dalam hidup.
Hidup ni, kalau dengar cakap orang kita takkan kemana. Kat uitm aku berkawan dengan semua orang, department mana aku tak masuk semua orang jadi kawan aku. Pensyarah department lain pon kenal aku, walaupon diorang tak mengajar department aku. Hidup ni kita kena kawan dengan semua orang asalkan kita kenal diri dan tahu kemampuan kita ditahap mana.
Habis degree macam-macam kerja aku buat, MLM meniaga tepi jalan, pasang pelamin dan banyak lagi. Sampai member aku suruh aku bukak company ABJJ, apa boleh jual…. Jual.
Sambil kerja aku apply buat MASTER, alhamdulillah dapat aku mintak design technology. Aku memang minat basikal sejak sekolah menengah lagi, aku nak buat barang basikal aku sendiri. Jadi masa nak temuduga buat master, mesti lah aku bawak basikal. Aku dah buat beberapa produk sendiri yang aku pakai dekat basikal. Dekan siap tanya ni siapa yang bawak basikal naik atas? Hahahaha gila mana ada orang pergi interview bawak masuk basikal.
Masa interview tu ada sorang Prof ni halau aku dia cakap kau pergi balik bukak kedai basikal! Apapon aku dah cuba buat yang terbaik. Ada sorang Prof ni tolong aku sebab dia nampak aku memang betul-betul nak belajar. Aku cuma sempat buat master satu semester jer, disebabkan masalah kewangan dan komitmen aku berhenti belajar dan kerja.
Kerja sebagai jewellery designer dekat kedai emas di bangsar shopping centre. Dari situ aku berperang dengan diri sendiri sebab bukan jiwa aku nak kerja dalam industri kedai emas.
Alhamdulillah memang rezeki aku, MARA buat program perintisan untuk buka kedai basikal, masa tu aku yang paling muda dalam hati aku memang yakin aku akan dapat.
Sekarang dah 12 tahun aku bisnes kedai basikal, bukan sahaja jual dan baiki basikal.
Aku juga mengajar dibeberapa buah sekolah dan politeknik sebagai jurulatih luar. Pernah juga dapat Anugerah Usahawan Muda MARA tahun 2008 peringkat negeri selangor.
Aku juga adalah salah seorang panel dalam pembangunan kemahiran dalam menghasilkan silibus basikal. Di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Pelajaran memang penting. Tetapi apa yang lebih penting ialah kau tahu apa yang kau nak dalam hidup dan kau bahagia dengan apa yang kau buat.
Pesan guru aku, Kalau kau ada ilmu tapi kau tak kongsi dengan orang lain kau berdosa, sebab mungkin dengan ilmu yang kau ada tu dapat menambah nilai hidup insan lain yang memerlukan dan dimanfaatkan untuk orang lain.
Alan Mat Noor
– Cikgu Basikal –