Seiring dengan perkembangan zaman, teknologi juga kian pesat berkembang. Apatah lagi jika anda bergelar seorang pelajar terutamanya mereka yang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi, anda sangatlah dituntut untuk bersikap lebih bijak dan intelektual. Dengan kemudahan seperti laptop masa kini, segalanya dihujung jari. Pelbagai kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar manfaat daripada sesebuah laptop, antaranya seperti :
1) Untuk memproses dan menyimpan data atau maklumat
2) Untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan berita semasa
3) Untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah
4) Untuk memudahkan pelajar berkomunikasi secara maya dengan pensyarah mahupun rakan
5) Untuk dijadikan alat mengulang kaji pelajaran
6) Untuk memberikan hiburan dan kegembiraan kepada pelajar dikala sedang tertekan dengan jadual padat pembelajaran
7) Menjadi bahan penyebar dakwah sesama pelajar dan dunia luar
Jika sebelum ini, ramai di antara kita yang menggunakan komputer atau personal computer(PC) dalam melakukan tugasan seharian, begitu juga dengan admin, di mana sewaktu sekolah dahulu, bila hendak mencari maklumat untuk buat kerja kursus, Sejarah dan Geografi khususnya, mesti gunakan PC untuk menaip, juga buka internet.
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017
Sudah pasti, ia akan mengambil masa, kerana menggunakan Window 98, yang jauh berbeza pada masa kini. Semakin lama, teknologi kian berkembang, dan dalam memudahkan urusan, kita beralih pula kepada komputer riba. Secara tidak langsung, dapat mempercepatkan proses bekerja, dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
Dalam era serba canggih ini, sudah pasti banyak pengeluar komputer riba yang bersaing antara satu sama lain untuk mengeluarkan spesifikasi lebih maju, berbanding pesaing mereka. Ini membuatkan, kita sebagai pengguna mendapat kelebihan daripada persaingan mereka. Sehingga membuatkan kita bingung, komputer riba yang mana, lebih berbaloi untuk dimiliki. Saudara Taufik Jabir, kongsikan beberapa ilmu yang anda perlu tahu, sebelum membuat keputusan membeli komputer riba.
TIPS UNTUK KAU BACA SEBELUM MEMBELI LAPTOP
Pagi tadi, ada seorang kawan aku ni tanya pasal laptop, katanya nak belikan untuk kakak dia. Dia pun bagitahu la model laptop yang dia dah usha, lepas tu tanya pendapat aku. Mujur dia bertanya pada orang yang betul. Jadi aku pun bagitahu la pendapat aku dan aku cerita la sikit pasal spesifikasi laptop tu untuk pemahaman dia.
Aku sebenarnya nak berterima kasih juga pada dia pasal dia bagi aku satu idea baru untuk aku tuliskan artikel ni pada kau orang, Tips untuk kau baca sebelum membeli laptop. Ni kali kedua tau kau tengok aku bagi syarahan free ni, punyalah baik aku ni. baik kau baca elok-elok sebab apa yang nak aku sampaikan ni kira berguna juga la untuk kau suatu hari ni. Kahkahkah.
Sebelum ni aku pernah juga post pasal kriteria beli laptop ni. Tapi aku buat simple je dalam bentuk macam sembang biasa. kali ni aku perjelaskan lebih sikit untuk kau faham lebih.
1. Tetapkan bajet kau untuk beli laptop
Kenapa aku letak bab bajet ni no. 1? Ye la, kalau kau tak ada duit, masakan kau nak beli laptop. betul kan? Kahkahkah. Tetapkan bajet kau berapa ribu yang kau sanggup belanja untuk kau beli laptop ni. Sebab apa aku suruh kau letak bajet, senanglah juruteknik komputer kau, kawan-kawan kau yang pandai bab IT atau salesman IT ni bagi cadangan pada kau laptop apa yang sesuai berdasarkan bajet kau tadi.
Aku pernah alami kes, dimana customer ni tak nak bagitahu bajet dia berapa. Cuma dia bagitahu nak komputer yang sedap la untuk kerja-kerja office. Lepas tu boleh main game. Aku pun carikan la laptop yang bersesuaian. Bila bagi model dan harga, “Woih, mahalnya.. murah sikit bawah 2k tak ada ke?” Baru la terpacul dari mulut dia pasal bajet dia. Kan senang kalau kau bagitahu awal-awal bajet kau berapa. Tak ada la orang salah bagi cadangan.
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017
Laptop ni satu investment, kau nak guna lama. Jadi, kalau kau dah tetapkan bajet tu, nasihat aku make sure lebihkan sedikit wang tu. Kerana apa, kadangkala ada laptop yang spesifikasinya lebih bagus, kau hanya perlu tambah seratus dua macam tu. Tak ke rugi? Tapi, kalau itu sahaja bajet kau, stick to the plan je la. At least matlamat kau nak beli laptop dengan bajet yang kau ada dah tercapai. Tepuk la tangan sikit. Kahkahkah.
2. Spesifikasi laptop
Ada sesetengah orang, jenis tak kisah pasal bajet. Asalkan dia dapat spesifikasi seperti yang dia mahukan. Untuk pengetahuan kau orang, laptop adalah komputer yang telah ditetapkan spesifikasinya oleh manufacture dia sendiri. Jadi, agak sukarlah kau orang nak upgrade spesikasi laptop kau. Kalau boleh upgrade pun, RAM atau hard disk sahaja. Lain la PC, itu kau boleh custom ikut suka kau nak yang macam mana.
Ini hierarki processor (Intel Processor)
* Core I7 Processor
* Core I5 Processor
* Core I3 Processor
* Core 2 Quad Processor
Kenapa processor Core I7 menduduki tempat teratas? Itulah latest processor yang dihasilkan oleh Intel. Kalau kau tanya aku apa beza semua processor ni, aku cuma boleh jawab “Performance.” Makin latest makin power la performance dia. Kalau kau tanya aku, Processor mana yang power, sudah tentulah aku akan suggest pada kau core I7 processor. Untuk keterangan lebih, kau google la pasal processor ni.
Kenapa tak ada AMD Processor? Sepanjang aku guna komputer, aku tak pernah guna AMD dan banyak sejarah hitam aku dengan AMD ni, jadi aku taknak komen. Macam aku cakap tadi, untuk keterangan lebih, kau google la pasal processor ni.
Untuk RAM pula, memandangkan sekarang ni kebanyakan laptop baru datang sekali dengan Windows 10, maka aku sarankan kau carilah laptop yang RAM nya berkapasiti 4GB ke atas. Itu minimum requirement tu. Windows 10 punya requirement RAM sahaja dah 2GB. minimum tau. Bayang la kalau laptop kau RAM dia 2GB sahaja. Allahu.. Tuhan sahaja tahu bagaimana lembab dia.
Oh ya. Pasal nak upgrade RAM ni kau jangan risau sangat, kebanyakan laptop baru yang aku jumpa, masih boleh lagi untuk kau upgrade RAM nya. Jadi, tak ada masalah sangat. Kau boleh upgrade RAM kau kepada kapasiti yang lebih besar dikemudian hari.
3. Beli laptop ikut keperluan semasa
Kebanyakan customer aku yang nak beli laptop dengan aku, aku akan tanya dahulu keperluan dia macam mana. Maksud keperluan di sini, dia nak beli laptop tu untuk kegunaan apa. Setakat ni, 4 kategori keperluan sahaja yang pernah aku jumpa:
– Keperluan kerja-kerja pejabat
– Keperluan pelajar sekolah (ni budak-budak IPTA/S la ni biasanya)
– Keperluan gamers
– Keperluan designer
Kalau ada keperluan lain, boleh la maklumkan pada aku. Nak tahu juga keperluan lain ni. Mana la tahu aku boleh update post ni dikemudian hari.
i. Kalau untuk keperluan kerja-kerja pejabat sahaja, spesifikasi laptop yang sederhana pun sudah memadai untuk dibeli. Tak perlu la nak beli yang spesifikasi tinggi sebab keperluannya hanya untuk kerja-kerja pejabat sahaja.
ii. Kalau keperluan pelajar sekolah ni, biasanya aku tanya dulu dia ambil course apa di tempat dia belajar. Senang sikit aku bagi cadangan. Tapi biasalah, kalau student ni mesti nak yang lagi UP. Cari laptop power-power. Lagi-lagi lelaki pasal time malam nak main Dota. Macam la aku tak tahu. Tak payah nak berselindung. Aku dulu pun pernah jadi student juga. Kahkahkah.
iii. Untuk gamers, setiap keperluan dia berbeza-beza, seeloknya kau tanya terlebih dahulu dengan kawan-kawan kau yang kaki game, atau kau tanya kawan-kawan kau yang pandai bab IT ni. Lepas kau dapat input, cari pula maklumat kat internet untuk cari model laptop yang sesuai.
Tapi nasihat aku, kalau kau kaki game, baik kau beli PC je la sebab apa, kepuasan dia lain macam woih. Kahkahkah. Laptop ni tak feel buat main game. Percaya lah cakap aku ni. Lain la kalau kau kaya, boleh beli laptop Alienware. Alienware punya barang memang power.
iv. Keperluan designer ni aku nak sentuh sikit. Aku ni kadang-kadang kesian juga budak-budak yang ambil course design ni. Ye la, depa ni tak tahu laptop apa yang sesuai untuk depa guna. Ni abang nak nasihat, kalau kau berkemampuan, aku sarankan kau beli la laptop Apple (Macbook Pro terutamanya). Sebab apa aku suruh kau beli laptop Apple adalah disebabkan Apple lebih lancar dan sedap untuk kau membuat design. Perisian seperti Adobe lebih ringan di Apple berbanding Windows. Kebanyakan designer semua menggunakan Apple. Kau tanyalah mereka sebabnya kenapa.
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017
Walaubagaimanapun, bukanlah kau tak boleh buat design dekat laptop yang pakai Windows, boleh sahaja. Tak ada masalah. Cuma aku nak tekankan disini, carilah laptop yang mempunyai cip grafik seperti AMD Radeon atau nVidia GeForce. Cip grafik ni membantu melancarkan lagi kau punya proses sewaktu kau mendesign. RAM dia pula, nak sedap buat design ni at least mesti 8GB.
Nak cari laptop baru dengan RAM 8GB ni memang payah. Kalau ada pun harga dia boleh tahan mahal. Kau tak perlu risau, kau boleh beli laptop yang 4GB sahaja RAM dia. Lepas tu, kau beli RAM yang lebih besar, kau tambah atau kau tukar RAM sedia ada tu. Macam aku cakap tadi, kau tak perlu risau, kebanyakan laptop baru yang aku jumpa, masih boleh lagi untuk kau upgrade RAM nya.
Untuk lebih mudah, aku ringkaskan khas spesifikasi minimum untuk keperluan design ni.
Processor: Core i5 processor ke atas
RAM: 4GB (minimum) 8GB (Better)
Cip Grafik: AMD Radeon atau nVidia Geforce dengan 1GB VRAM (minimum)
Ni aku dah terangkan serba sikit info sebelum kau beli laptop, Apapun keputusan kau, pastikan kau dapatkan maklumat berkaitan terlebih dahulu daripada juruteknik komputer kau, kawan-kawan kau yang pandai bab IT ataupun Salesman IT agar mudah kau nak buat keputusan nanti. Mereka ni hanya bagi cadangan sahaja pada kau, keputusan untuk membeli ditangan kau. gunakanlah sebaiknya.
Mohamad Taufik Jabir
Salesman Komputer dan Juruteknik Komputer Persendirian.
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017
One Response
Yaa skrg ni pun saya pakai processor AMD, berat nanang, asyik sangkut ja Although my AMD is comparable to i5, but the feels is different. trust me, my brother laptop is i3 and mine is the one I mentioned, it is better my brother i3 and of course I’m saying this in the concern of using such software such as adobe premier pro CS6 and etc. The RAM usage always exceed 70%, while the CPU usage mostly at 50% which is already high enough when not operating any software. haa fhm2 la bila bukak software, CPU usage mendadak naik 100%, sangkut hang la dia ni ha3… baraiii. further information my RAM is 8GB and I have AMD Radeon Vcard. When I purchased this laptop, I was in the dilemma of choosing intel i5 or AMD something something both are said to be comparable but the AMD is cheaper than i5… Thus I chose AMD then I regret it ha3.