Doktor Kongsi Cara Jimat RM 10, 070 Dengan Menaiki Motorsikal

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Doktor Kongsi Cara Jimat RM 10, 070 Dengan Menaiki Motorsikal

Kisah ini dikongsikan oleh seorang doktor di laman facebook yang diberi nama Abu Umar, apa yang dikongsikan sangat menarik perhatian, bagaimana cara beliau menyimpan/jimat RM10,070 setahun hanya dengan tidak melakukan perkara-perkara kebiasaan anak-anak muda lakukan.

Dr ini Kongsi tips Jimat RM10,070 Setahun

Apa yang beliau lakukan untuk jimat sebanyak RM10,070 setahun sangat mudah beliau tidak membeli kereta sendiri untuk ke tempat kerja sebaliknya beliau hanya berulang alik sejauh 10km dari rumahnya ke tempat kerja dengan hanya menaiki Motosikal.(Hujan,Panas,Sejuk,Embun Pagi Semua dengan Motosikal)

Perbezaan Kos Kereta dan Motosikal

Motor (kos setahun):
Ansuran: RM1800 (RM150/sebulan)
Petrol RM360 (RM30/sebulan)
Servis RM360 (RM30/sebulan)
Roadtax RM30

Total setahun = RM2250

Kereta Myvi (kos setahun):
Ansuran RM6600 (RM550/sebulan)
Petrol RM2400 (RM200/sebulan)
Servis RM750/setahun
Roadtax RM770/setahun
Tol RM1560 (RM130/sebulan)
Lain² RM240/setahun
Total Setahun = RM12,320

*kiraan tol untuk negeri tertentu

Total Kos Kereta RM12,320 – Total Kos Motosikal RM 2250 = Jimat RM10,070

Oleh itu kami ingin berikan nasihat kepada anak-anak muda yang baru berkerja janganlah terlalu taksub untuk memiliki kereta sendiri belajar untuk menyimpan dan berjimat sebanyak yang boleh untuk kegunaan masa hadapan.

Dan jika anda betul-betul terdesak memerlukan kereta pastikan anda membeli kereta yang berharga sama nilainya dengan pendapatan tahunan anda sebagai contoh jika gaji anda RM36,000/Setahun pastikan anda membeli kereta yang bernilai sekitar RM36,000 jika anda membeli kereta yang melebihi daripada hat ini kami yakin anda akan mengalami masalah kewangan dimasa akan datang.

Selain daripada tidak membeli kereta anda juga boleh berjimat dengan sangat banyak jika anda tidak mengikut trends anak-anak muda masa kini seperti melancong setiap tahun/bulan, membeli peralat electronic yang serba kini seperti Iphone 7+ atau alatan-alatan PC yang sangat mahal yang anda sendiri tidak perlukan.

Dan pada pandangan admin rakyat malaysia terutamanya anak-anak muda perlu lebih memperbanyakkan ilmu dalam bidang-bidang pelaburan seperti pelaburan hartanah,unit trust,penyimpanan Emas dan lain-lain kaedah penyimpanan wang yang boleh memberikan anda keuntungan dimasa hadapan bukannya hanya sekadar “berstatus” Imba di Facebook dan Instagram yang bersifat sementara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

Tips Persediaan Menghadapi Viva
UiTM di ❤ ku

Tips Persediaan Menghadapi Viva

Pelajar di peringkat sarjana dan doktor falsafah memahami benar erti viva kerana di penghujung pengajian, mereka akan menempoh peringkat akhir halangan sebelum dianugerahkan ijazah. Berbeza

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE