Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2017/2018

Permohonan penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2017/2018 boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian online mulai jam 5.00 petang, 08 Februari 2017 (Rabu) sehingga tarikh tutup permohonan on-line dan tarikh akhir penyerahan borang permohonan juga ialah pada 3 Mac 2017 (Jumaat).

Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (PhD) dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Sarjana setiap tahun.

Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:

i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga.

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
v. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
vi. Telah mendapat tempat pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad