Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Graduan dan pengangguran

ISU pengangguran telah menjadi topik hangat yang sering dibincangkan masyarakat Malaysia.

Berdasarkan kenyataan rasmi dikeluarkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh pada Ogos lepas, dianggarkan terdapat 54,103 graduan yang menganggur pada 2016.

Pelbagai pihak telah menyuarakan pandangan dan kebimbangan mengenai tahap pengangguran di kalangan graduan universiti.

Punca utama masalah pengangguran adalah disebabkan kegagalan graduan untuk memenuhi kemahiran yang diperlukan pihak majikan.

Selain mempunyai keputusan peperiksaan cemerlang, majikan pada masa kini akan mempertimbangkan calon mempunyai kebolehan berkomunikasi yang baik, tahap pemikiran tinggi dan kreatif (critical thinking), pengetahuan luas, idea bernas dan sikap calon itu sendiri. Individu yang mempunyai pelbagai kemahiran sebegini akan lebih berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian di universiti.

Manakala di pihak majikan pula mendakwa terdapat segelintir graduan universiti yang gagal untuk menunjukkan keperibadian atau perwatakan menarik selain tidak dapat memberikan maklum balas sepatutnya semasa proses temu duga dijalankan.

Mahasiswa pada hari ini lebih memberikan tumpuan kepada kecemerlangan dan kejayaan akademik sahaja. Mereka kurang memberikan fokus kepada pembangunan dan perkembangan kemahiran lain yang diperlukan apabila bekerja nanti.

Sebagai contoh, apabila berada di dalam dewan kuliah, mahasiswa jarang untuk bertanya soalan dan tidak berani untuk berhujah dengan pensyarah mereka. Ini disebabkan kurangnya pendedahan mahasiswa kepada isu-isu semasa di samping kurang persediaan sebelum ke kelas.

Oleh yang demikian, mahasiswa tidak mempunyai input atau isu yang boleh dibincangkan dengan pensyarah mereka di dalam kelas. Sering kali apabila pensyarah memberikan ruang dan peluang kepada mahasiswa untuk bertanya soalan, namun tiada yang berani untuk menyuarakan hujah atau pandangan berbeza dipelajari di dalam kelas.

Sistem pendidikan negara yang hanya menumpukan kecemerlangan akademik atau berorientasikan peperiksaan telah membentuk golongan mahasiswa lesu. Perkara sebegini harus diubah kerana sistem sedemikian sudah tidak relevan perkembangan semasa negara.

Seharusnya sistem pendidikan negara perlu memfokuskan kepada pembentukan sahsiah individu yang baik. Malaysia boleh mengambil contoh kaedah atau sistem pembelajaran negara lain yang memberikan tumpuan kepada pembentukan sikap dan kemahiran pelajar tersebut sebagai penanda aras untuk penambahbaikan kualiti sistem sedia ada.

Sistem pembelajaran di universiti adalah berbeza dengan tahap dan kaedah pembelajaran diamalkan di peringkat sekolah. Sistem di peringkat sekolah rendah mahupun menengah adalah cikgu akan memberikan segala input atau maklumat kepada pelajar.

Namun, di peringkat tinggi mahasiswa perlu lebih berdikari dan diberikan ruang dan peluang untuk menyatakan pandangan serta idea mereka mengenai sesuatu perkara yang dibincangkan di dalam kelas.

Universiti perlu dijadikan platform kepada mahasiswa bagi menonjolkan segala idea untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan masyarakat. Keadaan sebegini akan menggalakkan lagi proses pembelajaran atau komunikasi dua hala di antara mahasiswa dan pensyarah.

Selain itu, mahasiswa perlu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dianjurkan pihak universiti seperti program kemasyarakatan, kebudayaan, kesenian, sukan dan persatuan. Melalui penyertaan mahasiswa dalam pelbagai aktiviti sebegini akan dapat membina kemahiran komunikasi dan kepimpinan dalam diri mahasiswa.

Kemahiran yang diperoleh ini dapat meningkatkan keyakinan dan menjadikan graduan lebih bersedia ketika menghadiri sesi temu duga dengan pihak majikan.

Penglibatan mahasiswa dalam pelbagai aktiviti juga dapat membantu untuk menjalin hubungan kerjasama dengan pihak dalam atau luar universiti.

Mahasiswa pada hari ini tidak boleh hanya bergantung kepada kejayaan akademik sahaja. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong pihak majikan untuk mengambil graduan bekerja di dalam organisasi. Mahasiswa perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu yang tidak hanya diajar di dalam kelas sahaja.

Sikap dan budaya membaca yang tinggi perlu dijadikan sebagai amalan oleh golongan mahasiswa. Peluang untuk mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pelajaran di universiti adalah bergantung kepada keupayaan mahasiswa itu sendiri.

Majikan tentu sekali hanya akan mengambil calon yang mempunyai kebolehan dan kemahiran berbeza berbanding individu lain. Oleh itu, mahasiswa perlu berusaha untuk menonjolkan bakat atau idea luar biasa bagi menarik pihak majikan mengambil mereka bekerja.

Sumber – MUHAMMAD NAZLI ISMAIL & NORHANA SHAIBATUL KHADRI

Register.
Enjoy 10% Discount.


Deprecated: Elementor\Scheme_Typography is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Typography instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Deprecated: Elementor\Scheme_Color is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Color instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

SPM Tak Seberapa Tapi Bergaji RM24,000
UiTM di ❤ ku

SPM Tak Seberapa Tapi Bergaji RM24,000

Pelajar-pelajar lepasan institusi-institusi kemahiran ‘tidak sempat’ bergelar penganggur apabila mereka kebiasaannya mendapat kerja sebelum majlis konvokesyen. Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Datuk

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad