Hilang dua kaki sepanjang kejar PhD

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Menghidap penyakit diabetes sehingga kakinya terpaksa dipotong tidak pernah melemahkan pelajar PhD, Dr Yetty Rahelly.

Dia dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) ke-19 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Upsi Kampus Sultan Azlan Shah, di sini, baru-baru ini.

Penyelia beliau, Profesor Emeritus Datuk Dr Aminah Ayob berkata, Dr Yetty, 55, lebih dikenali sebagai ibu Yetty juga seorang pensyarah di Universiti Sri Vijaya, Indonesia menjadi pelajar PhD di UPSI sejak 2009 lagi.

Katanya, selama empat tahun Ibu Yetty berulang-alik dari Palembang ke Upsi dan pada ketika itu pelajarnya itu sudah mengidap penyakit diabetes, namun merahsiakan penyakitnya.

“Sehingga tahun 2013, apabila beliau telah selesai mengumpul data penyelidikannya di beberapa lokasi di Malaysia dan Indonesia, pembelajarannya terpaksa terhenti selama setahun disebabkan penyakitnya semakin serius.

“Beliau terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu dan amat sukar baginya untuk berulang alik ke Upsi. Jadi saya mengambil keputusan berulang alik ke Palembang bagi membantu beliau menganalisis data-data kajiannya,” katanya semalam.

Dr Aminah berkata, tesis Ibu Yetty siap pada 2016, namun pada ketika itu kedua-dua kakinya terpaksa diamputasi dan beliau juga menghadapi beberapa komplikasi lain.

Katanya, Ibu Yetty juga dijadualkan akan membuat pembedahan untuk membuang air di dalam paru-paru dalam masa terdekat.

“Walaupun berdepan cabaran, beliau masih gigih terus berjuang bagi mendapatkan PhD yang sekian lama diidamkannya dan impiannya tercapai juga.

“Semangat kental dan kegigihan yang luar biasa Ibu Yetty ini patut menjadi contoh teladan kepada pelajar Upsi yang lain kerana setiap usaha disertakan keikhlasan pasti akan membawa kejayaan dan diberkati ALLAH,” katanya.

Sumber – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

UiTM di ❤ ku

Syarat-syarat Permohonan Zakat UiTM

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UiTM Beragama Islam Pelajar UiTM SEPENUH MASA peringkat Pra, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Professional dan Ijazah Sarjana sahaja. Tidak mendapat tajaan kewangan(biasiswa/dermasiswa)

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE