Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Insentif Bajet 2017 untuk peminjam PTPTN
Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan insentif diskaun bagi bayaran balik pinjaman PTPTN semasa pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016. Selaras dengan tema Bajet 2017 iaitu ‘Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat’, insentif tersebut yang berkuatkuasa dari 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017 adalah:

  • Insentif diskaun 15% diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman;
  • Insentif diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
  • Insentif diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut ansuran pada jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Insentif Diskaun 15%

Terma yang paling asas dan penting untuk menikmati insentif ini ialah penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman dalam tempoh di antara 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017. Contohnya, sekiranya anda mempunyai pinjaman di peringkat diploma dan ke atas, anda perlu menyelesaikan keseluruhan baki pinjaman bagi kedua-dua pinjaman tersebut dalam tempoh yang ditetapkan untuk layak menikmati diskaun 15% ini.

Salah satu tarikan diskaun ini ialah anda juga layak menikmatinya walaupun anda menggunakan pelbagai saluran bayaran. Ia bermaksud anda boleh membuat penyelesaian bayaran melalui gabungan pelbagai saluran seperti KWSP (pengeluaran daripada Akaun II KWSP melalui www.kwsp.gov.my), tunai dan ‘online’ (seperti JomPay), dengan syarat penyelesaian hutang pinjaman diterima PTPTN dalam bulan yang sama. Oleh itu, peminjam dinasihatkan membuat bayaran selewat-lewatnya tidak melepasi tanggal 27 haribulan setiap bulan.

Pemberian diskaun 15% ini dikira berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman dan pelarasan diskaun pada penyata akan dikemaskini pada hujung bulan. Pengesahan keseluruhan baki hutang pinjaman PTPTN boleh disemak melalui www.ptptn.gov.my atau menghubungi Careline PTPTN pada nombor 03 – 2193 3000.
Satu lagi keistimewaan diskaun 15% ini ialah ianya juga boleh dinikmati oleh penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang tidak membuat pinjaman PTPTN tetapi mempunyai baki hutang WPP sahaja.

Dan berita yang lebih mengggembirakan ialah diskaun ini juga boleh dinikmati oleh peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti tersenarai dalam ‘senarai hitam’ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atau saman.

Insentif Diskaun 10%

Anda layak menerima diskaun 10% ini jika anda (1) membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang anda dalam sekali bayaran; atau (2) melalui potongan gaji atau direct debit mengikut ansuran pada jadual bayaran balik yang ditetapkan. Penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang bukan peminjam PTPTN juga layak menikmati diskaun 10% ini dengan syarat yang sama.

Permohonan potongan gaji boleh dibuat secara online di www.ptptn.gov.my. Manakala bagi permohonan direct debit, anda perlu mendapatkan borang permohonan di kaunter PTPTN untuk dilengkapkan dan menghantarnya ke mana-mana kaunter PTPTN yang berhampiran. PTPTN hanya menerima borang asal untuk pemprosessan seterusnya. Direct debit adalah dalam bentuk potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa peminjam melibatkan 22 bank. Transaksi ini adalah PERCUMA.

Kelebihan-kelebihan diskaun 10% ini termasuk membolehkan anda membuat bayaran balik secara konsisten bagi mengelakkan hutang tertunggak. Ini sekaligus mengelakkan anda daripada tindakan penguatkuasaan seperti tersenarai dalam ‘senarai hitam’ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan saman. Tanpa tunggakan pinjaman, anda boleh mengelakkan rekod buruk dalam sistem rujukan kredit Bank Negara.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad