Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

[Editor’s Pick] UiTM Kampus Terbesar Guna Aplikasi Boost, Gantikan Wang Tunai

Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia menjadi kampus terbesar yang menjalankan urusan tanpa tunai dan tanpa kad di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris JUsoh berkata, semua transaksi di dalam kampus akan dikendalikan menggunakan aplikasi mudah alih Boost.

“Saya berkata pada ucapan Tahun Baru tempoh hari bahawa semua kampus di Malaysia harus menjadi kampus pintar menjelang hujung tahun,” katanya selepas melancarkan Cashless Campus @UiTM pada Isnin.

Kata Idris, transaksi menggunakan aplikasi mudah alih adalah trend terkini.

“Sedangkan kaedah sewa basikal di Beijing juga sudah dilakukan tanpa tunai,” tambahnya.

Kata Idris, semua institusi pengajian tinggi awam harus mengimplementasikan inisiatif kampus bijak.

Beliau percaya bahawa institusi pengajian tinggi swasta juga akan mengikuti trend tersebut.

Boost kini boleh digunakan di kampus UiTM Shah Alam, Dengkil, Puncak Alam dan Sungai Buloh dan diikuti oleh kampus lain di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Sumber: MStar Online

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad