Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Perkasa penyelidik menjadi usahawan

KETUA Pengarah Pendidikan Tinggi (KPT), Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir merasmikan Program IIUM World Prosumer Covention 2017, di Pusat Kebudayaan, UIAM, Gombak, hari ini. Turut hadir, Rektor (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin; Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Rahmah Ahmad H Osman dan Pengerusi Prosumer 2017, Prof Dr Mohamed Ridza Wahidin. – Foto Nurul Shafina Jemenon (Berita Harian)

GOMBAK: Penyelidik universiti di seluruh dunia berkumpul pada program IIUM World Prosumer Covention 2017′ bagi mempamerkan produk masing-masing selama empat hari, bermula hari ini.

Program anjuran Pejabat Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu adalah bagi memberi peluang kepada pensyarah dan mahasiswa untuk mengetengahkan hasil penyelidikan mereka.

Rektor (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin, berkata penganjuran itu adalah inisiatif Pejabat Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) untuk mengumpulkan semua penyelidik seluruh dunia supaya produk dan hasil penyelidikan yang dilakukan boleh dipasarkan dan memenuhi permintaan pengguna.

“Dengan menggunakan teknologi dan inovasi, setiap produk yang dihasilkan boleh diberikan manfaat kepada masyarakat.

“Hasil produk yang dijalankan kini, penyelidik boleh menjadi usahawan apabila produk mereka mendapat perhatian pengguna,” katanya ketika berucap pada Program IIUM World Prosumer Covention 2017, di Pusat Kebudayaan, UIAM di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPT), Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Turut hadir, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Rahmah Ahmad H Osman dan Pengerusi Prosumer 2017, Prof Dr Mohamed Ridza Wahidin.

Pada program itu juga, Institut Latihan dan Penyelidikan Halal UIAM (INHART) turut mengadakan Persidangan Halal Antarabangsa 2017 bagi mengumpulkan para penyelidik dari semua universiti awam (UA) yang mempunyai teknologi dan penyelidikan halal untuk memberi sumbangan kepakaran.

Selain itu, semua fakulti turut menjalankan program prosumer di peringkat antaranya menganjurkan ‘Pitch your Product’ membabitkan pelajar sekolah yang akan menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.

INFO

*lebih 50 gerai pelajar dan pensyarah dalam mempamerkan produk masing-masing

*hampir 1,500 pengunjung yang hadir

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad