Budaya senioriti yang acap kali dilabel sebagai buli dan ianya sering berlaku di sekolah mahu pun pusat pengajian tinggi. Ini bukanlah satu isu baharu malah di sesetengah IPT bagaikan sudah jadi satu kemestian buat para senior melakukan aktiviti-aktiviti ini bagi menerima kedatangan pelajar baharu.
Pada pertengahan tahun 2017, timeline di laman sosial mula kecoh apabila seorang pengguna Twitter mendakwa pelajar-pelajar senior dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). UiTM Puncak Perdana telah ‘mendera’ pelajar-pelajar junior dengan menyuruh mereka mendapatkan 200 autograf senior dalam masa tiga hari.
Reaksi Netizen
Orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap isu ini, ada di antara mereka yang berpendapat bahawa perkara ini harus diharamkan di peringkat universiti, ada pula yang berpendapat bahawa ianya merupakan asam garam kehidupan di universiti yang menjadikan pelajar itu lebih matang dan membentuk displin diri.
Sebahagian netizen memberikan perspektif yang kurang bersetuju dengan perbuatan tersebut.
Akan tetapi, rata-rata memberikan reaksi yang positif mengenai perkara itu.
Sebenarnya perkataan ‘buli’ digunakan bagi menggambarkan persepsi negatif terhadap aktiviti tersebut bagi mereka yang berpendapat sebaliknya. Yang jelas, aktiviti-aktiviti induksi yang sering kali diberi tanggapan negatif , merupakan platform yang baik buat para pelajar yang baru memasuki alam pengajian tinggi untuk belajar rasa hidup di dunia sebenar. Ini kerana kehidupan di dunia hari ini semakin mencabar dan memerlukan seseorang itu mempunyai mental dan fizikal yang kuat terutamanya di dalam dunia perkerjaan. Selain itu, aktiviti-aktiviti induksi dapat membentuk sahsiah diri pelajar junior agar menjadi seorang yang berdisplin dan tidak terlalu ‘manja’ dan mempercepatkan proses untuk membiasakan diri di dunia baru. Yang pasti pihak yang telah diberikan amanah seharusnya lebih peka akan tindakan mereka supaya tidak berlaku salah faham atau menyalahguna status dan kuasa mereka. Tujuan