Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 – Lokasi dan Tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018.
Sudahkah anda bersedia untuk menghadirkan diri ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018? Kepada anda yang berkeinginan menyambung pengajian ke peringkat seterusnya di universiti-universiti awam Malaysia, inilah masa yang sesuai untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai pengajian lanjutan di institut pengajian tinggi mengikut kursus pilihan anda!
Program anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) ini membekalkan informsi terkini mengenai program-program yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), IPT, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Inilah medan terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai maklumat tentang peluang melanjutkan pengajian, kelayakan yang diperlukan dan pembiayaan pendidikan.
Karnival Pendidikan Tinggi Negara yang juga dikenali sebagai Kanival Jom Masuk IPT ini memberi peluang kepada anda untuk melanjutkan pengajian menerusi pameran pendidikan di sana.
Bagi memudahkan anda mengatur aktiviti anda sepanjang karnival berlangsung, berikut admin kongsikan kalendar karnival yang kini di sebanyak 16 zon mengikut lokasi dan tarikh.
Lokasi dan Tarikh Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bantuan UPU di 03-8870 8200 atau lawati portal rasmi mereka di http://upu.mohe.gov.my
Talian bantuan UPU hanya beroperasi pada hari kerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017