Pelajar Kolej Vokasional Layak Menyambung Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Pelajar Kolej Vokasional Layak Menyambung Pengajian di Universiti Awam

Pelajar Kolej Vokasional Layak Menyambung Pengajian di Universiti Awam

Baru-baru ini timbul isu pelajar-pelajar Kolej Vokasional tak layak nak menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kerana kelayakan mereka itu tidak setaraf Sijil Pelajaran Malaysia. Hal sudah tentunya menimbulkan kerisauan di kalangan ibu bapa tentang masa depan pendidikan anak-anak mereka yang bersekolah di Kolej Vokasional.

Isu ini mula mendapat perhatian orang ramai apabila media tempatan mula membuat laporan mengenainya, pelajar Kolej Vokasional tidak layak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi walaupun memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Ini kerana, pelajar KV tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka mereka perlu mengambil kursus peralihan atau pra-ijazah selama satu atau dua semester sebelum layak melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.

Memandang serius kebimbangan ibu bapa mengenai isu ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil initiatif baru bagi membantu pelajar-pelajar KV melayakkan diri mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan syarat mereka perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan iaitu: pertama

Pelajar Kolej Vokasional Layak Menyambung Pengajian di Universiti Awam

Pelajar KV juga boleh terus memohon program sarjana muda ditawarkan universiti dengan syarat memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik.

Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pendidikan, Zainuren Mohd Nor, berkata selain dua kriteria itu, pelajar KV juga boleh terus memohon program sarjana muda ditawarkan universiti dengan syarat memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik.

Beliau berkata, “pelajar  perlu mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, purata nilai gred keseluruhan (PNGK) akademik sekurang-kurangnya 3.33 dan PNGK vokasional 3.67. Selain itu, pelajar itu juga perlu melengkapkan semua modul vokasional yang ditawarkan dan memohon kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, sebelum program KV mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).”

Selain itu, rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menyatakan, graduan DVM perlu mengambil beberapa subjek teras iaitu Sains dan Matematik ketika mengikuti kursus praijazah itu di universiti bagi memantapkan pengetahuan dalam bidang berkenaan sebagai persediaan memohon program sarjana muda.

Ibubapa tidak perlu risau jika anak-anak mereka berminat untuk pergi lebih jauh dalam bidang vokasional kerana initiatif ini memberikan peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih. Selain itu, peluang dalam bidang ini cukup luas dan kepakaran di dalam pelbagai bidang vokasional mendapat permintaan tinggi di pelbagai sektor swasta yang menawarkan gaji yang sangat lumayan.

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE