Ke-6 Terbaik Dunia, Nabilah Buktikan UiTM Boleh!

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Ke-6 Terbaik Dunia

Penuntut UiTM, Nurul Nabilah Abdul Jalil, 21, diberi penghormatan sebagai pelajar ke-6 terbaik di dunia dengan mendapat penganugerahan Prize Winner bagi Kertas P2 Laporan Korporat ACCA pada bulan Jun yang lalu.

Kertas P2 Laporan Korporat ACCA

Persaingan daripada pelajar terbaik dari seluruh dunia termasuklah Malaysia perlu dihadapi beliau untuk mendapatkan penganugerahan ini. Yang lebih menarik lagi, beliau memperolehi tempat pertama di Malaysia dengan catatan markah tertinggi bagi kertas yang sama.

‘Kejayaan cemerlang saya hasil usaha gigih termasuk keluarga dan tenaga pengajar UiTM yang banyak memberi dorongan, sokongan serta tunjuk ajar dalam program ACCA. Semua usaha yang dilakukan sebelum ini rasa terbalas selepas mendapat keputusan cemerlang Kertas P2″

 

SEE ALSO : UITM’S NABILAH CLINCHED SIXTH PLACE IN THE WORLD’S ACCA PROGRAMME

Beliau berkata, berkat doa dan restu ibu bapa menjadi faktor utama untuk berjaya dalam hidup.

Laporan Berita Harian pada 16 Ogos yang lalu turut mengatakan bahawa keluarganya yang berlatar belakangkan bidang perakaunan turut banyak membantu beliau dalam terus berusaha dan berjaya dalam mendapatkan penganugerahan ini.

Apakah rahsia Nabilah?

Nabilah memberitahu beliau gemar bertanyakan soalan dan sentiasa hadir ke kelas menjadi kunci asas kejayaan beliau

Nabilah sering belajar secara berkumpulan dan selalu berjumpa pensyarah bagi mendapatkan panduan serta teknik yang betul sekiranya terdapat soalan atau topik yang sukar difahami ketika di dalam kelas.

“Saya sentiasa bersemangat dan tidak pernah mengalah serta fokus dalam apa yang diusahakan adalah faktor utama keputusan cemerlang ini,” katanya lagi.

Beliau kini sedang melanjutkan dua kursus ACCA terakhir iaitu P4, Pengurusan Kewangan Lanjutan dan P6 Percukaian Lanjutan dan dijangka akan menamatkan pengajian Disember ini.

Sumber : Says.com | Mynewshub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE