Kepada yang menanti panduan permohonan UPU 2018, berikut kami kongsikan panduan mendaftar kali pertama dan memohon kali pertama. Untuk mendaftar anda tidak perlukan nombor Unik ID BSN tetapi untuk membuat permohonan anda wajib mempunyai nombor Unik ID. Apabila sistem permohonan dibuka pada 5 Februari kelak, anda boleh membuat pendaftaran kali pertama, selepas itu bolehlah pergi beli no unik ID BSN dan buatlah permohonan lengkap.
PERMOHONAN DAFTAR KALI PERTAMA
Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama apabila sistem permohonan UPU dibuka pada 5 Februari 2018 nanti :
- No Kad Pengenalan
- Alamat E-mel
- Nama Ibu
- Kata Laluan (pastikan kata laluan senang diingati)
- Kod Keselamatan
- Soalan Keselamatan Profil Akaun
PERMOHONAN KALI PERTAMA
Jika mahu memohon, pemohon wajib memasukkan lima (5) item berikut untuk mengemukakan permohonan kali pertama. Pastikan anda telah membeli no unik ID BSN sebelum membuat permohonan :
- No. Kad Pengenalan/MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan
- No. Unik ID (beli nombor pin di BSN mengikut kategori masing : SPM/Setaraf, STPM/Setaraf)
- Jenis Permohonan
- Program Pengajian (buat pilihan mengikut susunan)
- Kategori (pilih kategori mengikut kelulusan, rujuk gambar kategori dibawah)
KATEGORI SPM/SETARAF
Sekiranya anda telah mendaftar dan ingin membuat kemaskini dan semakan, anda boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat. Berikut kami kongsikan carta aliran permohonan mengikut setiap lulusan :
CARTA ALIRAN SPM/SETARAF, STPM/SETARAF, MATRIKULASI KPM/ PASUM/ Asasi UiTM
CARTA ALIRAN PERMOHONAN DIPLOMA/SETARAF
Suka juga diingatkan, kepada lepasan SPM/Setaraf, sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan nanti, anda dinasihatkan untuk mengemaskini semula pilihan program pengajian bersesuaian dengan kelayakan akademik yang diperolehi. Ini bagi memastikan permohonan anda tidak ditolak kerana gagal memenuhi syarat kelayakan am dan khas program pengajian yang dipilih.
Untuk lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/ pula, boleh membuat pendaftaran dan permohonan kali pertama tetapi pemilihan program pengajian hanya boleh dibuat mulai 8 Februari 2018. Hanya program pengajian yang sesuai dengan kelayakan akademik yang dimasukkan sahaja yang akan terpapar dalam senarai pilihan.
FASA PERMOHONAN LEPASAN MATRIKULASI KPM/ PASUM/ Asasi UiTM
Bagi lepasan matrikulasi/asasi, terdapat 2 fasa permohonan. Fasa 1 bermula sama seperti pemohon yang lain. Pilihan kursus yang terpapar adalah berdasarkan kepada markah peperiksaan semester 1 yang dimasukkan dalam sistem permohonan.
Selepas keputusan peperiksaan akhir keseluruhan yang sebenar diumumkan, pemohon wajib mengemaskinian permohonan di Fasa 2 yang akan dibuka pada 28 Jun 2008 mulai jam 12.00 tengah hari hingga 02 Julai 2018, jam 11.59 malam. Mana-mana pemohon Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM yang tidak memohon Fasa 1, tidak akan dipertimbangkan dalam permohonan ke UA.
Maklumat yang boleh dikemaskini semasa Fasa 2 adalah seperti berikut :
- Pilihan Program (bukan program bertemu duga)
- Alamat yang boleh dihubungi
- Alamat emel
- Nombor telefon yang boleh dihubungi
Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester Akhir dengan pencapaian akademik keseluruhan sahaja. Diharap perkongsian ini membantu anda membuat persediaan permohonan kelak. Semoga berjaya!
Sumber – Afterschool