Kenapa Sistem Merit ke Universiti Awam Merugikan Bumiputera

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Kenapa Sistem Merit ke Universiti Awam Merugikan Bumiputera

Shah Alam 27 Mac – Pelaksanaan sistem merit untuk kemasukan ke universiti awam disifatkan sebagai tidak adil dan merugikan kaum bumiputera.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera, Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kriteria yang digunakan dalam sistem tersebut dikhuatiri tidak mengambil kira tentang taraf hidup pelajar dan masyarakat luar bandar.

Katanya, pelaksanaan sistem merit juga akan menyebabkan ketidakseimbangan sosial serta menyebabkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan berpendapatan rendah semakin melebar.

“Pelajar di bandar atau dari keluarga berpendapatan tinggi mendapat pendidikan dengan kemudahan yang lengkap, maka tidak hairanlah mereka boleh mendapat keputusan yang cemerlang.

“Sebaliknya, pelajar di luar bandar atau daripada golo­ngan miskin yang kebanyakannya Bumiputera pula belajar dalam serba sederhana tetapi sistem merit tidak mengambil kira perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Jelajah Pendidikan Bumiputera peringkat Parlimen Kuala Sela­ngor di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim dan beliau turut menyampaikan tajaan sebanyak 19,050 naskhah akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor UPSR untuk diagihkan kepada 23 sekolah rendah di sekitar kawasan Parlimen berkenaan.

Sementara itu, Sahol Hamid memberitahu, pihaknya menerima kira-kira 20,000 borang pendaftaran daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sejak jelajah berkenaan dimulakan awal bulan ini.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 pelajar telah pun menerima tawaran melanjutkan pengajian dan kita yakin sasaran untuk membantu 50,000 pelajar yang tercicir akan tercapai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Irmohizam menasihatkan pelajar lepasan SPM dan STPM di kawasan Parlimen Kuala Selangor mengambil peluang yang disediakan melalui Jelajah Pendidikan Bumiputera untuk mengubah taraf hidup keluarga.

“Dulu zaman saya, kami terkial-kial untuk melanjutkan pe­ngajian selepas SPM, mana nak masuk universiti, mana nak cari duit.

“Tetapi kini semuanya disedia­kan, terima kasih kepada Jelajah Pendidikan Bumiputera kerana bukan mudah mengumpulkan pelbagai agensi kerajaan semata-mata untuk membantu memartabatkan anak bangsa,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE